Warganet begitu teruja Khairul Aming belanja ibunya barang kemas selepas jualan cecah RM12 juta dalam masa 3 minit.
Kini influencer itu sekali lagi menjadi bualan warganet selepas melihat ibu di dalam satu video di TikTok @kedaiemassriindah_ menunjukkan Khairul Aming bersama ibunya datang kedai tersebut untuk membeli barangan kemas.
Difahamkan Khairul Aming menghadiahkan ibu tersayang beberapa bentuk barangan kemas.
βTak dapat beli Dendeng Nyet Berapi tak apa, janji dapat jadi menantu Ma,β itu antara komen-komen yang dikongsikan oleh gadis-gadis selepas menonton video tersebut.
Ramai gadis-gadis cuba memberi βpickup lineβ terbaik untuk menarik perhatian dan mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada ibu influencer tersebut.
Dalam pada itu, warganet menyatakan salah satu faktor kejayaan Khairul Aming adalah asbab beliau menjaga ibunya dengan baik.
Warganet turut berharap agar Khairul Aming terus diberikan kejayaan dan menjadi salah seorang pembayar zakat terbanyak di Malaysia.
Terdahulu, pencipta konten terkenal itu telah berjaya menjadi produk tempatan mencapai jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop.
Beliau cuma memerlukan 3 minit 39 saat untuk menghabiskan kesemua 80,000 stok Dendeng Nyet Berapi.
Dalam pada itu, salah seorang kru yang terlibat dalam menghasilkan bahan marketing produk tersebut ada mendedahkan kehebatan dan kegeniusan Khairul Aming sebagai storyteller untuk menjual produk-produk di bawah khairulamingbrand.
Baca juga: Lelaki ini hadapi sakit mental kerana kasut yang dibelinya baru 6 hari telah koyak