Waspada isi petrol, ini rupanya punca kereta terbakar, mujur pemandu selamat

Terbakar dan meletup ketika sedang mengisi petrol. Itu yang berlaku pada seorang lelaki yang nyaris maut semalam.

Kereta Proton Wira Aeroback miliknya rentung di sebuah stesen minyak di Repoh, Kangar dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu.

Dalam masa sama, lelaki berusia dalam lingkungan umur 40-an itu cedera selepas terkena serpihan cermin kenderaannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop, siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika pemandu kereta sedang mengisi minyak.

“Bahagian tangki tiba-tiba meletup mengakibatkan kenderaan terbakar, namun berjaya dipadam sepenuhnya 15 minit kemudian.

“Siasatan forensik mendapati punca cetusan api bermula pada bahagian tempat duduk hadapan penumpang kiri dipercayai akibat tindak balas sebuah telefon bimbit dengan wap petrol yang berada di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

BACA JUGA Selepas dikecam bertanya ‘siapa Rafah?’, Ning anggap ‘perkara kecil’