Waspada varian Delta, hanya ambil masa 15 saat sahaja berjangkit – Dr Hisyam

Varian Delta yang baharu dikesan di negara ini boleh merebak dalam masa 15 saat.

Berbanding kes positif Covid-19 sebelum ini, individu hanya dijangkiti jika terdedah dengan virus berkenaan dalam masa kurang 15 minit pada jarak satu meter.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sifat virus Delta juga berbeza kerana ia boleh merebak melalui udara.

“Disebabkan itu, walaupun sudah divaksinasi, kita nasihatkan orang ramai untuk kekal memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

“Serta elak berada di tempat yang sesak atau sempit kerana jangkitan boleh berlaku di kawasan yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik,” katanya pada sidang media secara maya di sini hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya tampi mendapatkan vaksin kerana kaedah ini dapat membendung daripada angkitan Covid-19 yang lebih teruk.

Sambil memberi contoh, Noor Hisham berkata, Labuan sebelum ini menunjukan peningkatan kes yang mendadak kerana terdapat varian berkenaan.

“Sebelum ini jangkitan di Labuan meningkat sebanyak 1,340 kes dalam masa satu minggu. Kita kesan terdapat jangkitan varian Delta yang dibawa oleh pekerja industri perkapalan.

“Dalam masa yang sama, kita pertingkatkan tindakan kesihatan awam, termasuk program vaksinasi dan dalam masa dua minggu kita dapat mengawal penularan di wilayah berkenaan.

”Kini hanya 26 kes dilaporkan di sana,” tambahnya. – MalaysiaGazette