Kementerian Komunikasi menafikan pertuduhan peraturan baharu yang tular di media sosial pada ketika ini yang mendakwa Whatsapp bakal dirakam serta dikendalikan oleh kementeriannya
Menerusi kenyataan pada Khamis, kementerian itu turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.
“Merujuk kepada maklumat yang tular berhubung peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp, kementerian ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut,” katanya.
Sebelum ini, tersebar dakwaan bahawa semua panggilan WhatsApp akan dirakam dan peranti akan disambungkan kepada kementerian tersebut.
Selain platform Whatsapp, laman sosial lain yang terkait juga ialah Facebook, X dan Instagram.
Baca juga: Ingatkan cuma hiasan, ini rupanya sebab wajib ada lubang kecil di biskut..kalau tak ada tak jadi!