WHO sahkan Omicron tidak berbahaya seperti varian sebelum ini

Lebih banyak bukti muncul menunjukkan varian Omicron menjejaskan saluran pernafasan bahagian atas, menyebabkan gejala lebih ringan daripada varian sebelumnya, kata seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

“Kami melihat semakin banyak kajian menunjukkan bahawa Omicron menjangkiti bahagian atas badan. Tidak seperti lain, yang boleh menyebabkan radang paru-paru teruk,” kata Pengurus Insiden WHO, Abdi Mahamud kepada wartawan yang berpangkalan di Geneva.

Katanya, ia boleh dikatakan sebagai “berita baik”.

Bagaimanapun, beliau berkata, kadar keboleh jangkitan Omicron yang tinggi bermakna ia akan menjadi dominan dalam beberapa minggu di banyak tempat, menimbulkan ancaman di negara-negara yang sebahagian besar penduduknya masih belum divaksinasi.

Ketika ditanya sama ada vaksin khusus Omicron diperlukan, Mahamud berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan keperluan itu tetapi menegaskan bahawa keputusan itu memerlukan penyelarasan global dan tidak seharusnya diserahkan kepada sektor komersial untuk membuat keputusan semata-mata. – REUTERS