Laporan terkini menunjukkan bahawa bandar Singapura yang kecil telah dinobatkan sebagai antara bandar terkaya di dunia dengan mempunyai 26 bilionair dan 250 000 jutawan.
Lebih tepat lagi, laporan yang dikeluarkan oleh perunding migrasi pelaburan Henley & Partners menunjukkan jiran kita berada di tangga ke-5, lapor Life Style Asia.
Mengikut laporan terbabit, New York, Tokyo, kawasan Teluk San Francisco dan London menduduki tangga teratas, masing-masing dengan 345,600, 304,900, 276,400 dan 272,400 jutawan di bandar-bandar tersebut.
Singapura, salah satu daripada enam bandar Asia berada dalam senarai 10 teratas dengan 249,800 jutawan, 336 centi jutawan, dan 26 bilionair. Centi-jutawan ialah mereka yang mempunyai nilai bersih melebihi USD100 juta.
Oleh kerana Singapura adalah sebuah negara kota, angka itu menunjukkan bahawa 4.6% daripada 5.45 juta penduduk negara itu adalah jutawan.
Jika dibandingkan dengan Malaysia, hanya 0.2% rakyat Malaysia dewasa dikategorikan dalam kumpulan kekayaan melebihi USD1 juta, lapor The Malaysian Reserve memetik laporan Credit Suisse Group AG 2019.
Henley & Partners menyatakan bahawa Singapura adalah salah satu destinasi utama untuk para jutawan berhijrah dan ia sering dianggap sebagai bandar paling mesra perniagaan di dunia.
“Aliran masuk bersih kira-kira 2,800 individu bernilai tinggi diunjurkan untuk 2022 sahaja, menurut Papan Pemuka Migrasi Kekayaan Persendirian Henley yang terkini,” tambahnya.
Walaupun negara kota itu mempunyai 55,100 jutawan lebih sedikit jika dibandingkan dengan Jepun, ia mempunyai 73 centi-jutawan dan 14 bilionair lebih daripada Jepun. Selain Jepun dan Singapura, Beijing, Shanghai, Hong Kong, dan Seoul adalah bandar-bandar Asia yang berada di tempat teratas.
Di bawah ialah senarai 20 bandar terkaya teratas, serta bilangan jutawan dan bilionair:
New York: 345,600 jutawan, 737 centi-jutawan, dan 59 bilionair
Tokyo: 304,900 jutawan, 263 centi-jutawan, dan 12 bilionair
Kawasan San Francisco Bay: 276,400 jutawan, 623 bilionaii, dan-
London: 272,400 jutawan, 406 centi-jutawan, dan 38 bilionair
Singapura: 249,800 jutawan, 336 centi-jutawan, dan 26 bilionair
Los Angeles: 192,400 jutawan pemastautin, 393 bilionaires
Chicago, 7 juta orang: 160,100 jutawan, 340 centi-jutawan, dan 28 bilionair
Houston: 132,600 jutawan, 314 centi-jutawan, dan 25 bilionair
Beijing: 131,500 jutawan pemastautin, 363 centi-jutawan, 104 juta,
Shanghai 300 juta, dan 104 jutawan centi-jutawan, dan 42 bilionair
Untuk rekod, walaupun Singapura mempunyai ramai jutawan, namun kebanyakan rakyat mereka masih masuk ke Malaysia untuk mengisi minyak disebabkan harga yang murah.