Bila bercakap tentang jeragat muka, pastinya ramai dalam kalangan wanita yang tidak mahu kulit wajahnya dipenuhi dengan bintik hitam ini. Tak cantik dan ‘flawless’ wajah jadinya! Punca kepada masalah jeragat ini adalah kerana tidak memakai krim pelindung UV atau ‘sunblock’ dan juga faktor umur yang telah memasuki 30-an.
Namun, bukan dengan hanya memakai produk penjagaan kulit dan rawatan muka sahaja yang boleh menghilangkan jeragat muka ini. Menurut Dr. Rizal Abu Bakar, ada dua bahan semula jadi di dapur yang boleh juga menghilangkan jeragat dengan mudah.
DUA BAHAN SEMULA JADI INI BOLEH HILANGKAN JERAGAT MUKA
Kalau dekat kulit muka ada jeragat. Ada bintik hitam. Ada petua mudah untuk kurangkannya. Dua cara ini saya selalu guna, mudah pun mudah.
1.Buah Limau Kasturi
-Potong limau kepada dua
-Perah dan guna kapas untuk sapu pada bahagian yang ada bintik hitam
-Buat selama 10 ke 15 minit. Kesabaran itu perlu.
Yang ni boleh amal setiap hari kerana kandungan citric acid dalam limau kasturi ni bagus untuk buang sel kulit mati pada kulit muka. Barulah kulit lebih cerah.
2.Ubi Kentang
Siapa sangka kentang ni elok untuk kurangkan dark spots. Caranya macam ni:
– Guna 1-2 biji kentang. Blend
– Perah ekstrak jus
– Campur dengan madu dan jus perahan limau kasturi atau lemon.
– Sapu pada kulit selama 20 minit.
– Kalau nak guna sekali dengan serat pun boleh. Yang ni buat sekali seminggu.
Kentang ni elok untuk kulit kerang dan menggelupas. Redakan radang penyebab jerawat. Bekalkan kelembapan pada kulit. Paling penting tak hakis kulit muka. Kulit pun lebih cerah dan glowing.
Bolehlah cuba!
Baca juga: Suami selalu maki hamun dan lafaz taklik, aku dah tak tahan sampai kemuncaknya aku…”