Masalah eye bag melibatkan keadaan mata yang sembap, bengkak ringan, atau kemerahan di bahagian bawah mata dan sering menjadi kebimbangan terutamanya di kalangan wanita.
Ini boleh memberi kesan kepada penampilan yang kurang berseri dan seperti ‘zombie’. Bagaimana pula untuk mengatasi masalah eye bag dengan cara yang cepat, mudah, dan jimat poket?
Akhirnya Kak Bib jumpa juga ngan petua yang senang dan serasi nak hilangkan eye bag ni. Eye bag ini dah lama sangat bergantung dekat bawah mata ni. Nak jual takde sapa nak beli. Nak sedekah pun takde yang sudi.
Dah cuba macam-macam petua. Tepek timun, letak kentang, letak teh uncang, eye bag ni tak juga kurang. Degil yakmat.
Last last, jumpa tips omputeh ni. Guna sudu saja. Pergh, tak sangka. Yang paling simple ni la yang paling best. Sekejap saja eye bag tu jadi kurang sesangat.D
-Hanya kena ada sudu makan.
-Masukkan sekejap dalam freezer. Agak agak dalam 5 minit saja dah cukup.
-Pastu, keluarkan. Belah belakang yang melengkung tu kita tekapkan kat mata. Biar sampai sudu tu hilang sejuk.
Haritu eyebag kak Bib size L. Bila ulang ulang buat, terus jadi size S. Memang amazing betul la. Ingat tau. Tekapkan sudu tu kat mata. Bukan korek mata. Kang, lain lak jadinya.
Menurut Dr. Rinky Kapoor, seorang Pakar Dermatologi, Dermatologi Kosmetik, dan Dermato-Pembedahan di The Esthetic Clinics, menyatakan bahawa penggunaan sudu sejuk dapat membantu merangsang peredaran darah di sekitar mata, mengatasi bengkak.
Dengan cara ini, anda pasti dapat menonjolkan kecantikan anda dan mencapai penampilan yang diimpikan.
Selamat mencuba!