‘Yang perempuan kemain dengan ‘dress’ meleret sapu lantai, pakwe pula santai pakai selipar’

Satu rakaman video tular menunjukkan sepasang remaja yang dilihat masih bersekolah menengah menyambut hari jadi di sebuah hotel.

Sambutan ‘grand’ pasangan kekasih bawah umur itu menyambut ulang tahun kelahiran teman lelakinya.

Paparan video itu menunjukkan pasangan itu berjalan beriringan memasuki sudut lokasi sambutan yang dilengkap belon-belon bertemakan warna hitam dan merah.

Lucunya, warga maya berseloroh memberi komentar termasuk membandingkan pakaian kedua-dua pelajar sekolah menengah itu.

“Yang perempuan kemain dengan ‘dress’ meleret sapu lantai, pakwe pula santai pakai selipar,” kata seorang netizen.

Tidak kurang juga yang secara sinis mengucapkan tahniah kerana berjaya menggunakan sebaiknya hasil simpanan duit belanja sekolah dan duit bantuan awal persekolahan.

Malah, ada yang memberitahu majlis sambutan hari jadi itu diadakan di Grand Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

“Anak ore kaya sep Kelate ni boh,” komen seorang lagi warganet.

Rata-rata berpendapat perempuan berkenaan semestinya anak daripada keluarga berpendapatan tinggi.

Ramai lagi mengingatkan bahawa tempoh di bangku persekolahan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk belajar bersungguh-sungguh bukannya bercinta.

“Saya umur 20 baru mula bercinta. Masa sekolah kalau bercinta memang kena pijak dengan abang. Dia dah siap beri amaran dan tak izinkn saya bercinta. Tunggu habis sekolah baru boleh.

“Jauh lagi perjalanan dik. Nanti mesti clash kalau salah seorang masuk universiti sebab culture shock, ramai lagi yang lawa-lawa dan hensem dik.

“Ni mesti dapat awek anak orang kaya. Menyimpan duit sekolah mak bagi untuk buat hari jadi boyfriend, mantap dik. Ramai yang single tengok tu dik,” demikian seloroh warganet.

BACA JUGA Ini kisah di sebalik nama ‘Pakcik Shell’, dari cucu nelayan kepada bos besar syarikat minyak di Malaysia