Semasa jadi YB di Melaka, Norhizam cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana kelantangan suaranya.
Pernah bergaduh di dalam dewan dun Melaka dengan jolokan ‘YB babi’, nama Norhizam akhirnya sunyi sepi selama 3 tahun ini dalam arena politik.
Memetik dari portal FMT, Norhizam menyuarakan hasrat untuk bertanding semula di bawah tiket Perikatan Nasional.
Baru-baru ini, bekas exco Melaka itu dilihat berada satu pentas ceramah bersama bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kini pro-PN termasuk bekas timbalan ketua Umno Melaka Mohamad Ali Mohamad.
Bercakap kepada FMT, Norhizam mengakui mahu kembali aktif menerusi platform PN, selepas kalah pada PRN Melaka November 2021 atas tiket bebas di kerusi Pengkalan Batu, dimenangi ketika menjadi ahli DAP pada PRU14.
Mestilah PN. Takkanlah BN. Saya nak buat ‘comeback’ kerana rakyat Melaka masih perlukan saya sebab sekarang mereka kata Datuk tak ada, sidang DUN sendu,
katanya.
Bila sampai masa, kita akan berkempen…PRN pun tak lama lagi. Mereka (PN) panggil saya berceramah pun saya pergi.
PRN Melaka dijangka diadakan selewat-lewatnya pada November 2026.
Norhizam turut dikenali ‘YB Viral’ kerana sering mencetuskan kontroversi dengan gayanya yang lantang dalam mengetengahkan atau menjawab isu dalam sidang DUN.
Beliau yang juga bekas timbalan ketua DAP Melaka dipecat dari parti pada 2 Mac 2020 selepas menyatakan sokongan kepada gabungan politik baharu yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri tumbang.
Norhizam juga antara empat wakil rakyat yang menarik sokongan terhadap pentadbiran Sulaiman Md Ali pada Oktober 2021 menyebabkan PRN Melaka perlu diadakan sekali gus menyaksikan BN menang majoriti dua pertiga.
Ditanya parti yang ingin disertainya, Norhizam bagaimanapun mengakui belum membuat pilihan sama ada PAS atau Bersatu.
Ada parti yang dah intai saya, tapi sedang tengok mana yang ok. Kalau saya masuk PAS pun apa salahnya, saya pakai serban dalam DUN nanti,
katanya seloroh.
Baca; Tajam betul mata netizen, lelaki miang berkumpul komen gambar Lizzy