Baru-baru ini tersebar video replika Naga 588 kaki yang mencetuskan rasa tidak puas hati kerana hanya mempamerkan bendara nagara China.
Umum mengethui rekaan naga itu direka khas sempena sambutan Ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Bagaimanapun, bendera Malaysia diletakkan di satu sisi replika Naga, dan bendera China di satu sisi lain.
Ada wakil rakyat Pas hanya tunjukkan video yang menampakkan bendera China.
Banyak komen walaun di hantaran itu membawa mesej bahawa komuniti Cina di Malaysia tidak setia dengan Malaysia.
YB Pas itu sengaja membiarkan fitnah itu berlegar.
Replika naga itu diarak oleh 180 pelajar dari Negeri Melaka dan Negara China sebagai tanda persahabatan.
Pada 17 Januari lalu, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa, 2024 adalah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia – China, dipetik Harapan Daily.
Pemeteraian hubungan dua negara itu berlaku semasa PM Tun Abdul Razak dan PM China Chou En-Lai pada 31 Mei 1974.
Pelbagai program dirancang antaranya pertukaran lawatan peringkat tinggi, pengeluaran setem peringatan, forum perniagaan dan persembahan kebudayaan.
Strategi Pas memainkan isu perkauman dan agama akan meruntuhkan keharmonian yang telah dibina sejak sekian lama.
Baca juga: Nak ikut Cikgu Fadli bersara awal, ini syarat-syarat JPA perlu diikuti