Yuran kelas memandu di Malaysia adalah yang kedua termahal di dunia selepas Croatia

Menurut laporan The Sun Daily yang merujuk kepada sumber Pendidikan Pemandu dalam talian, Zutobi, Malaysia disenaraikan sebagai negara kedua yang mengenakan yuran sekolah memandu termahal. Laporan tersebut menyatakan bahawa ujian memandu di Malaysia dijalankan secara menyeluruh, yang menjadikan kosnya tinggi.

“Ia memerlukan pemohon melengkapkan peperiksaan teori dan praktikal. Selain itu, rakyat Malaysia dikehendaki menghabiskan 33 jam dalam pelajaran,” kata Zutobi dalam kenyataan akhbar semalam.

“Walaupun jumlah kos £505 (RM2,959) adalah lebih £400 kurang daripada Croatia, ia masih mahal untuk meletakkan mereka [Malaysia] di tempat kedua.”

Croatia juga disenaraikan sebagai negara paling mahal yang pernah dicatatkan untuk mengambil ujian memandu.

“Lapan puluh lima jam pelajaran memandu adalah bahagian wajib untuk ujian memandu Croatia dan akibatnya, ia menjadikan ujian di sana sangat mahal. Memandangkan bayaran purata untuk ujian di seluruh dunia ialah £106, Croat perlu membayar purata £824 lebih daripada kebanyakan negara,” kata Zutobi.

Baca juga: “Berhenti kerja sebab nak tolong company ayah, aku kena sihir sampai tak boleh bangun sebab adik beradik dengki pasal harta”