Zul Yahya mengamuk dengan Pas- ‘Dah lama bersabar tapi sekarang tidak boleh lagi mandi darah pun aku sanggup!’

Pengusaha restoran yang juga pelakon Zul Yahya hari ini tampil dengan mengamuk dan marah, bengang dan hilang sabar gara-gara penyokong Pas yang menghina beliau.

Beliau yang dalam lama bersabar dan berlembut dengan puak-puak Pas namun semakin hari semakin mula mencaci dirinya.

“Aku dah lama sabar dan berlembut dgn pengikut2 parti ajaran sesat Pas tapi skrg tak boleh lagi, mandi darah pun aku sanggup!!!

“Aku dah lama bersabar dan berlembut dengan puak-puak Pas tu.. aku ajak kepada kebaikkan puak=puak Pas ni tetap mencaci aku…
macam-macam kata hina pada aku…inilah dia Pas kononya parti Islam… hak tui.

“Aku cukup cukup sabar dengan kau macam-macam tuduhan kau bagi kat aku semata-mata kepentingan politik korang…hak tui.

“Tak de, tak de, aku nak hidup aman nak hidup baik tapi korang…bermacam macam korang tuduh aku korang anggap korang suci bersih… hak tui.

“Hari ini korang melampau-lampau,”katanya yang menahan nafas dan tak lepas sebab tahan marah.

Beliau yang penuh perasaan marah berkata Pas memang parti ajaran sesat.

“Parti yang bawa nama islam dia tak maki orang, tak hina orang dan tak merasa dia suci daripada orang…orang lain semua jahil, kotor… bertopeng kepada jubah yang korang pakai..hak tuii,” bengang beliau.

Baca juga: ‘Sape ingat kerja naik kapal ni best duk travel je, naik first class selalu”- Wanita ini cerita pahit maung ketika naik kapal