Sehari dua ini ramai yang bercakap soal ZUS Coffee yang tak tahannya ia ada kaitan dengan dewa Yunani. Wajar dijauhi itulah kata-kata daripada Naib Presiden ZUS Coffee, Stephy Foong.
Menjelaskan asal-usul jenama itu semasa sambutan ulang tahun keempatnya semalam ketika ada sesetengah pihak mahu ia diboikot
Segelintir pihak yang mendakwa syarikat tersebut menggunakan logo yang kononnya memaparkan dewa Yunani, Zeus, justeru ia wajar dijauhi.
Berbanding dengan Starbucks yang dikatakan menyokng Israel lebih baik berpindah kepada ZUS Coffee, malangnya kopi itu dikatakan mempunyai kaitan dengan dewa Yunani.
Halal oleh Jakim
Menjawab soalan media semasa acara berkenaan berlangsung di Sunway Pyramid Mall di Petaling Jaya, Selangor, Naib Presiden ZUS Coffee, Stephy Foong berkata kepada Malaysiakini, syarikat itu “sangat sedih” dengan gesaan boikot yang digerakkan, terutamanya apabila semua cawangannya disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.
Tambah Stephy, mereka berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada Jakim bukan kerana melibatkan faktor agama semata-mata bahkan atas sebab keselamatan menu yang dihidangkan.
Dia menambah nama jenama itu tidak merujuk kepada dewa Yunani sebaliknya dikonsepkan sebagai gabungan perkataan “semangat” (zeal) dan “kita” (us).
Hari ini, kata Stephy, perkataan itu merupakan akronim yang bermaksud nilai jenama – zealous, unity dan stop at nothing.
Bercakap kepada Malaysiakini, dia menjelaskan acara sambutan ulang tahun itu sengaja dianjurkan enam bulan lebih awal dan bukanlah langkah mereka untuk memberi respon kepada gesaan boikot yang digerakkan pihak tertentu.
Pendapatan turun mendadak
ZUS Coffee – yang kini beroperasi di 197 lokasi di seluruh Malaysia – diasaskan di Kuala Lumpur pada 2019 oleh sekumpulan lapan usahawan Malaysia.
Pada Mac lalu mogul restoran dan jutawan Filipina Frank Lao membeli 35 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit.
Gesaan boikot berkembang terhadap jenama yang dianggap menyokong Israel menular dalam kalangan pengguna Malaysia ketika keganasan terus meningkatkan di Palestin sejak 7 Okt lalu.
Baca juga: Dikecam hidup mewah main golf tapi KWSP pekerja tak bayar, ini respons Shuib