Pelakon yang seiras Marshanda itu mengejutkan ramai terutama peminatnya apabila buat keputusan untuk keluar dari agama Islam dan memeluk agama asalnya iaitu Kristian
Marcella Simon, 32 tahun itu dikatakan telah kembali memeluk Kristian pada 5 Ogos lalu melalui satu upacara keagamaan yang dijalankan oleh seorang paderi lapor Kosmo.
Beri alasan ada masalah mental
Ketika membalas komen rakan selebriti, Samuel Zylgwyn, bintang sinetron berjudul Safira itu memberitahu sejak memeluk Islam sekitar tiga tahun lalu, dia hampir membunuh diri kerana mengalami masalah mental.
“Selepas tiga tahun saya hampir menemui ajal,” katanya.
Pendedahan Marcella telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat, ada yang menyokong dan ada juga yang mengkritik tindakannya kerana dianggap seolah-olah mempermainkan agama.
“Semoga dia gembira dengan pilihannya (agama) sekarang. Jangan jadi mualaf lagi selepas ini,” kata peminat.
“Ini bermaksud iman di hatinya masih belum kukuh. Kita doakan saja yang terbaik untuk Marcella,” kata seorang lagi peminatnya.
Terdahulu, pelakon yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengan Marshanda itu telah memeluk agama Islam pada 2019.
Baca Juga: Ingatkan hilang semasa bercuti, rupanya masuk hospital sakit jiwa
Baca Juga: Kerana hubungan peribadi retak nenek bunuh 3 cucu, bubuh racun dalam mi susu