Tidak tahu andai lelaki ini sememangnya rajin berjimat atau terlalu bijak. Dia kini bergelar jutawan kerana tidak pernah membelanjakan wang tunainya selama 36 tahun.
Dia juga mampu membeli tiga rumah idamannya dan juga saham yang bernilai sejuta.
Mustahil bukan? Namun itulah yang berlaku kepada Kiriya Hiroshi, 71 yang melakukannya dengan cara pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berumur 36 tahun.
Di pasaran saham Jepun, mereka membenar pengeluaran ganjaran pelaburan dalam bentuk baucar dan bukannya tunai.
Baucar inilah yang digunakan oleh Kiriya untuk membeli keperluan seperti beras, minyak,pakaian,kasut dan pelbagai lagi keperluan lain.
Dompetnya juga tidak terisi dengan wang tunai malah dipenuhi dengan baucar.
Kiriya juga sangat berjimat cermat dan tidak akan berbelanja melebihi nilai baucarnya malah dia juga selesa bergerak ke sesuatu tempat menggunakan basikal.
Lelaki itu turut menyewakan bilik di rumahnya sebagai langkah penjimatan maksimum.
Kiriya kini mampu menarik nafas lega kerana saham pelaburannya mencecah harga 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta).
Baca juga: Tak selamat digunakan, trend guna akuarium ganti balang air buat netizen khuatir