4 wanita pecah rumah larikan peti besi warga emas rugi RM37,000

4 wanita dan seorang lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian pecah rumah warga emas membabitkan kerugian RM37,000 selepas melarikan peti besi keselamatan.

Kejadian yang berlaku di Gerik melibatkan suspek berusia 21, 22, dan 23 tahun di mana modus operandi suspek adalah memasuki rumah mangsa yang tinggal bersendirian antara waktu malam dan awal pagi untuk melarikan peti besi sebelum meletakkannya di suatu lokasi untuk memecahkannya bagi mengambil barangan berharga di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, suspek berusia antara 21 hingga 31 tahun ditahan selepas mangsa iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 70-an yang tinggal bersendirian di rumah itu membuat laporan, Khamis lalu.

Katanya, bertindak atas aduan itu, dua daripada suspek wanita berusia 31 dan 24 tahun ditahan jam 5.30 petang pada hari sama di Jalan Sultan Yusoff, di sini.

“Mereka disyaki baharu bergiat aktif dalam kegiatan itu di sekitar Gerik. Ketika ini, siasatan termasuk proses dokumentasi sedang berlangsung bagi mengesahkan hubungan antara lima suspek memandangkan mangsa mendakwa mengenali suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek utama yang merancang jenayah berkenaan selain mengakui seorang daripada lima suspek itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Katanya, kesemua mereka ditahan reman selama enam hari bermula Jumaat lalu hingga Rabu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kerana mencuri dalam kawasan kediaman.

Selain wang tunai RM14,500, turut dirampas barang kemas, buku akaun Tabung Haji, telefon bimbit, serta sebuah kereta Perodua Alza yang digunakan suspek sewaktu melakukan jenayah itu.

Katanya, suspek sempat membelanjakan sebahagian daripada hasil curian bagi membeli beberapa barangan antaranya telefon bimbit yang turut dirampas sebagai barang kes.

Baca juga:

Penat naik turun Mahkamah, Aishah masih tak dapat tanah yang dijanjikan

Baca juga:

TikToker ditemui mati ekoran komen benci berhubung koleksi ‘handbag’ di media sosial