5 sebab kenapa anda memilih untuk hidup bujang dan tidak berkahwin

5 sebab kenapa anda memilih untuk hidup bujang dan tidak berkahwin. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan, banyak tanggungjawab yang datang bersama perkahwinan.

Tekanan daripada keluarga serta rakan apabila anda mencapai satu tahap umur yang dikatakan umur ideal untuk berkahwin pastinya mempengaruhi anda. Jika tidak berkahwin, anda akan memegang status tak laku mahupun anak dara tua.

Namun tidak terdetik di hati mereka bahawa kita lebih selesa hidup seorang diri, atau pun mungkin jodoh masih belum ada. Perkahwinan tidak hanya melibatkan kita sahaja, ia juga melibatkan pasangan.

Bagaimana kalau pasangan yang kita kahwini tidak seperti yang kita jangka. Bagaimana kalau personalitinya berubah selepas kahwin.

Kewangan pula, sudahkah kita bersedia untuk hidup berdua dan kemudian datang pula anak-anak, tanggungjawab semakin besar. persoalannya adakah kita mampu menanggung anak tambah pula di zaman ekonomi sekarang. Barang semakin mahal, kalau hidup seorang diri pun kita rasa susah apatah lagi bila sudah berkeluarga.

Selain faktor tersebut, ini antara lima sebab lain mengapa seseorang itu lebih selesa hidup bujang:

1 Pentingkan diri sendiri

Sebuah perkahwinan memerlukan kerjasama antara dua pihak termasuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan.

Anda tidak lagi hanya memikirkan diri sendiri tetapi anda harus fikir penerimaan pasangan anda. Jika anda lebih selesa memuaskan kehendak diri sendiri, maka perkahwinan bukanlah untuk anda.

Perlahan-lahan anda boleh belajar untuk memikirkan orang lain sebelum membuat keputusan dan juga cara menangani situasi serta belajar menerima kekurangan orang lain.

2 Tidak suka komitmen

Perkahwinan memerlukan komitmen yang sangat tinggi kerana kita ingin bersama pasangan selamanya. Tiada perkahwinan yang dibina mahu berakhir dengan penceraian. Ia memerlukan banyak kesabaran dan kepercayaan.

Jika hubungan yang anda bina tidak bertahan lama, ini bermakna anda belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimana mahu mengekalkan perkahwinan jika bercinta sebulan sahaja sudah putus.

3 Simpan rahsia

Jika anda masih menyimpan rahsia daripada pasangan walaupun sudah bercinta bertahun lamanya, anda mungkin dalam diam tidak selesa untuk berkongsi sisi anda yang lain kepada pasangan.

Sebelum berkahwin, sebolehnya pasangan anda perlu tahu rahsia anda yang mungkin yang lain tidak tahu. Apabila berahsia terlalu lama, selepas berkahwin anda akan bimbang jika rahsia anda terbongkar dan reaksi pasangan anda jika tidak mampu ditafsir.

4 Tidak pernah bayang kehidupan bersama

Ketika bercinta pasangan pasti akan berimiginasi kehidupan bersama selepas berkahwin. Tetapi jika tiada bayangan atau masa depan bersamanya, mungkin anda belum bersedia untuk berkahwin sebenarnya.

Mungkin pasangan sekarang bukanlah pasangan yang anda mahu habiskan sisa hidup bersama.

5 Jadikan perkahwinan alasan untuk memutuskan hubungan

Andai pasangan anda melamar anda dan anda menggunakan alasan tersebut untuk memutuskan hubungan, mungkin anda masih tidak bersedia.

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dan bukan untuk melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi.

Jika niat anda berkahwin hanya untuk menutup sesuatu atau melarikan diri, jangan teruskan perkahwinan tersebut. Pasangan anda mungkin rasa bahagia bila anda sudi berkahwin dengannya, namun anda akan seksa diri sendiri dan lama kelamaan pasangan anda juga akan tersakiti.

Jadi binalah perkahwinan bila anda sudah betul-betul bersedia kerana kita tidak mahu kerana kita impian seseorang musnah. Ingat kita boleh pilih pasangan kita namun anak-anak tidak boleh memilih ibu bapa mereka.

Baca Juga: Ini sebab anda kena restart phone seminggu sekali

Baca Juga: ‘Lepas Asar datang tau’, cara budak ini jemput penyanyi otai rock raih pujian warganet