6 resipi mudah buat orang bujang, malu kalau masih tak reti masak. Resipi mudah ini sesuai untuk orang bujang yang baru cuba hidup berdikari dan ingin belajar memasak.
1 Nasi Goreng
Bahan-bahan
6 cawan nasi putih
3 sudu besar udang kering (direndam seketika)
3 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah dihiris
Garam, gula dan perasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Masukkan garam, gula dan perasanya ke dalam nasi dan gaulkan rata.
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering.
- Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan tapi jangan sampai hangit.
- Kemudian pecahkan telur dalam kuali dan kacau hingga sebati dengan bahan-bahan tumisan.
- Masukkan nasi, cili merah dan lada hitam serta gaul hingga sebati. Siap!
2 Maggie Goreng
Bahan – bahan:
Maggi – rebus hingga lembut
Sosej (ikut anda)
1/2 bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili api/ cili mesin
Perencah maggi kari
Segenggam Kobis
2 biji telur
Sedikit kicap untuk menggelapkan warna maggi
Cara-cara:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api.
- Panaskan minyak dan goreng sosej sehingga masak.
- Masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis sehingga wangi dan masukkan perencah maggi.
- Masukkan sedikit kicap dan kobis.
- Kemudian pecahkan telur dan masukkan maggi yang telah direbus dan kacau sehingga rata.
- Siap dihidangkan!
3 Nasi Ayam simple
Bahan-bahan kuah sup
1 ekor ayam – buang kulit dan potong 4
1 biji bawang holland – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam
Cara-cara:
- Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
- Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak.
- Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa ikut citarasa anda.
- Tutup api dan keluarkan ayam, semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/ daun sup.
Bahan-bahan nasi ayam:
Beras – basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan
Cara-cara:
- Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan.
- Kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak.
- Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masukkan 2-3 sudu mentega ke dalamnya.
- Tutup semula dengan nasi dan akhirnya kacau rata.
Bahan-bahan untuk ayam goreng
Ayam yang sudah direbus – angkat dan tos
Kicap
Cara-cara
- Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan.
- Angkat dan potong ayam mengikut suka.
- Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.
4 Kari ayam
Bahan-bahan:
3 ketul ayam
2 sudu rempah kari Baba’s
1/2 bawang besar kuning – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 biji kentang – potong 4
Bendi – ikut suka anda
1 cawan air
2 sudu minyak
Secubit rasa
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan minyak dan goreng bawnag besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi.
- Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan kentang, bendi dan ayam dan biarkan sehingga masak.
- Akhir sekali masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan biar hingga sedikit pekat.
- Siap untuk dihidang!
5 Ikan masak singgang
Bahan-bahan:
Ikan – apa-apa jenis ikan pun
Lengkuas
Kunyit
Bawang putih (diketuk)
Kacang bendi (dipotong dua)
Asam keping
Air 1 1/2 cawan
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Masukkan air dalam periuk dan masukkan lengkuas, kunyit, dan bawang putih, biarkan mendidih.
- Masukkan ikan, asam keping dan kacang bendi.
- Biarkan ikan sampai masak, kemudian masukkan garam secukup rasa.
- Biar mendidih dan siap untuk dihidang.
6 Ayam goreng kunyit
Bahan-bahan:
Ayam yang dipotong kecil
Serbuk kunyit
Serbuk cukup rasa
3 ulas bawang merah
4-5 tangkai cili padi
Sedikit halia
Sedikit Garam
Minyak untuk menggoreng
Tambahan: Bawang putih 2 ulas, dan cili merah.
Cara-cara:
- Bawang merah, cili padi, halia dihiris halus dan ketepikan.
- Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cukup rasa selama beberapa jam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
- Guna minyak yang sama, masukkan bawang merah, cili padi, halia dan sedikit garam jika mahu.
- Kalau nak tambah bawang putih dan cili merah pun boleh. Hidangkan dengan nasi panas.
Baca Juga: Terhibur, wanita beratur dua jam nak buat swab test, tapi tersilap beratur dekat gerai ayam panggang
Baca Juga: Nak pujuk orang tonton MV buatlah tapi jangan lacurkan agama seperti ini, Budak Ijad ‘sound’ DSV