6 resipi mudah buat orang bujang, malulah kalau masih tak reti masak

6 resipi mudah buat orang bujang, malu kalau masih tak reti masak. Resipi mudah ini sesuai untuk orang bujang yang baru cuba hidup berdikari dan ingin belajar memasak.

1 Nasi Goreng 

Bahan-bahan

6 cawan nasi putih

3 sudu besar udang kering (direndam seketika)

3 biji telur

1 biji bawang besar dihiris

3 ulas bawang putih dihiris

1 sudu teh lada hitam

1 biji cili merah dihiris

Garam, gula dan perasa

Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Masukkan garam, gula dan perasanya ke dalam nasi dan gaulkan rata.
  2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  3. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan tapi jangan sampai hangit.
  4. Kemudian pecahkan telur dalam kuali dan kacau hingga sebati dengan bahan-bahan tumisan.
  5. Masukkan nasi, cili merah dan lada hitam serta gaul hingga sebati. Siap!

 

2 Maggie Goreng

Bahan – bahan:

Maggi – rebus hingga lembut

Sosej (ikut anda)

1/2 bawang merah

2 ulas bawang putih

3 biji cili api/ cili mesin

Perencah maggi kari

Segenggam Kobis

2 biji telur

Sedikit kicap untuk menggelapkan warna maggi

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api.
  2. Panaskan minyak dan goreng sosej sehingga masak.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis sehingga wangi dan masukkan perencah maggi.
  4. Masukkan sedikit kicap dan kobis.
  5. Kemudian pecahkan telur dan masukkan maggi yang telah direbus dan kacau sehingga rata.
  6. Siap dihidangkan!

 

3 Nasi Ayam simple

Bahan-bahan kuah sup

1 ekor ayam – buang kulit dan potong 4

1 biji bawang holland – hiris

3 ulas bawang putih – hiris

2 inci halia – hiris

Sup bunjut

Sedikit bawang goreng

Daun sup

Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
  3. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak.
  4. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa ikut citarasa anda.
  5. Tutup api dan keluarkan ayam, semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/ daun sup.

Bahan-bahan nasi ayam:

Beras – basuh dan tos

Kuah sup

Daun pandan

Cara-cara:

  1. Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan.
  2. Kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak.
  3. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masukkan 2-3 sudu mentega ke dalamnya.
  4. Tutup semula dengan nasi dan akhirnya kacau rata.

Bahan-bahan untuk ayam goreng

Ayam yang sudah direbus – angkat dan tos

Kicap

Cara-cara

  1. Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan.
  2. Angkat dan potong ayam mengikut suka.
  3. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.

 

4 Kari ayam

Bahan-bahan:

3 ketul ayam

2 sudu rempah kari Baba’s

1/2 bawang besar kuning – hiris

2 ulas bawang putih – hiris

1 biji kentang – potong 4

Bendi – ikut suka anda

1 cawan air

2 sudu minyak

Secubit rasa

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawnag besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi.
  3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
  4. Selepas itu masukkan kentang, bendi dan ayam dan biarkan sehingga masak.
  5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan biar hingga sedikit pekat.
  6. Siap untuk dihidang!

 

5 Ikan masak singgang

Bahan-bahan:

Ikan – apa-apa jenis ikan pun

Lengkuas

Kunyit

Bawang putih (diketuk)

Kacang bendi (dipotong dua)

Asam keping

Air 1 1/2 cawan

Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan air dalam periuk dan masukkan lengkuas, kunyit, dan bawang putih, biarkan mendidih.
  2. Masukkan ikan, asam keping dan kacang bendi.
  3. Biarkan ikan sampai masak, kemudian masukkan garam secukup rasa.
  4. Biar mendidih dan siap untuk dihidang.

 

6 Ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:

Ayam yang dipotong kecil

Serbuk kunyit

Serbuk cukup rasa

3 ulas bawang merah

4-5 tangkai cili padi

Sedikit halia

Sedikit Garam

Minyak untuk menggoreng

Tambahan: Bawang putih 2 ulas, dan cili merah.

Cara-cara:

  1. Bawang merah, cili padi, halia dihiris halus dan ketepikan.
  2. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cukup rasa selama beberapa jam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
  4. Guna minyak yang sama, masukkan bawang merah, cili padi, halia dan sedikit garam jika mahu.
  5. Kalau nak tambah bawang putih dan cili merah pun boleh. Hidangkan dengan nasi panas.

 

Baca Juga: Terhibur, wanita beratur dua jam nak buat swab test, tapi tersilap beratur dekat gerai ayam panggang

Baca Juga: Nak pujuk orang tonton MV buatlah tapi jangan lacurkan agama seperti ini, Budak Ijad ‘sound’ DSV

COMMENTS