80 pelombong haram rogol 8 wanita dihadapkan ke mahkamah

Tindakan kejam 80 lelaki merogol 8 wanita secara kumpulan akhirnya membawa padah apabila dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol, kejadian di bandar Krugersdorp, yang terletak di barat Johannesburg.

Mereka turut menghadapi tuduhan rompakan bersenjata terhadap kru penggambaran video muzik di sebuah bandar di Afrika Selatan dan kesemua tertuduh ditahan di tapak perlombongan terbiar lapor The Guardian.

80 tertuduh itu adalah pelombong haram dikenali sebagai zama-zama yang menggali emas di banyak lombong di Johannesburg. Menurut penduduk tempatan, kumpulan itu juga dipersalahkan atas jenayah berleluasa di kawasan berkenaan.

Polis memaklumkan, kejadian rogol berkumpulan itu berlaku apabila kru dan model untuk penggambaran sebuah video muzik di salah sebuah lombong terbiar, diserang lelaki bersenjata pada Khamis minggu lalu.

“Ada seramai 22 kru (termasuk model) terdiri daripada 12 wanita dan 10 lelaki sedang sibuk merakam video muzik sebelum mereka mendakwa diserang sekumpulan lelaki bersenjata berselimut.

“Suspek mengarahkan semua kru berbaring dan terus merogol lapan daripada wanita itu.

“Mereka juga merompak semua harta benda mereka sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” kata pesuruhjaya polis wilayah Gauteng, Leftenan Jeneral Elias Mawela, dalam satu kenyataan.

Semua peralatan video turut dicuri dan polis sedang menyiasat 32 pertuduhan merogol.

Baca Juga: Nafsu syaitan! Pelajar maut dibelasah lepas rogol nenek usia 100 tahun

Baca Juga: ‘Pindah ke negeri lain macam sebar Covid-19’, rakyat desak pecat saja anggota polis terlibat salah laku