“Abang kakak balik cuma dua kali setahun, bila mak call haram semua nak angkat”

Apabila sudah meningkat dewasa, anak anak pasti akan memulakan kehidupan baru bersama pasangan hidup yang menjadi pilihan hati.

Namun sering kali anak anak ini melupai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membesarkan tanpa lelah dengan tidak menghubungi dan juga bertanyakan khabar.

Apakah sudah tiada nilai kasih sayang dari anak untuk kedua orang tua andai sudah berumahtangga? Sering persoalan ini bermain di fikiran.

Wanita ini berkongsi kisah tentang adik beradiknya yang seakan mahu melupakan pengorbanan kedua ibu bapanya setelah memasuki alam perkahwinan.

Assalammualaikum dan terima kasih kerana siarkan kisah aku. Tujuan aku menulis ni supaya benda ni dijadikan iktibar dan sama-samalah kita renung. Aku Jamilah (bukan nama sebenar). Adik beradik aku ramai. 11 orang dan aku anak ke-9. Ibu aku dah tua.

Alhamdulillah. Semua adik beradik aku ada rezeki bekerja dan ada yang berniaga. Semenjak 3, 4 tahun ni mak aku selalu rasa hiba dengan sikap anak-anaknya sendiri. Liat sangat nak tanya khabar, asyik utamakan hidup sendiri, sedangkan mak aku dah sem4kin menua.

Bayangkan, rumah yang sentiasa hiruk pikuk dengan 11 orang anak, sekarang ni dah sunyi sepi sebab anak-anak dah besar, dah ada kehidupan sendiri. Mak aku mungkin kesunyian. Aku sedih mak aku selalu menangis sebab mengadu dia telefon anak-anak, tak berangkat.

Ada yang tak call semula. Ada yang angkat, tapi jawab sibuk, nanti nak call semua (last – last h4ram tak call). Aku dengan mak aku memang rapat sebab aku ni antara anak dia yang paling kecik. Dari zaman kecik lagi, memang aku suka nak berborak dengan mak aku sebab aku ni suka bercakap.

Jadi memang aku akan selalu telefon mak aku. Aku sedih bila mak aku cakap, hanya aku seorang sahaja anak dia yang call dia selalu dan kalau dia call aku dan aku tak dapat angkat (sama ada aku dalam meeting, dekat site atau di luar), mesti aku akan call dia cepat-cepat.

Bila dia cakap macam tu, aku hanya dengar dan diam saja. Terus aku akan tukar topik lain nak borak dengan dia, topik yang happy – happy, sebab aku kasihan mak aku dibelenggu rasa sayu. Di mana silapnya, aku pun tak tahu.

Mak aku dah besarkan kami semua dengan sedaya upaya dia, sampai kami boleh berdiri atas kaki sendiri. Aku, sebagai anak, selalu kenang jasa mak aku besarkan kami. Macam-macam kerja mak aku buat. Memang dalam tempoh masa kami membesar, takde apa kenangan makan angin best – best macam orang lain, tapi mak aku sentiasa utamakan pendidikan, makan minum, pakaian kami.

Tak dapat yang terbaik tapi mak aku cuba bagi yang terbaik. Aku sebagai adik, tak tahulah macam mana aku nak bersuara pasal hal ni. Kalau aku cakap lebih- lebih, nampak kurang ajar pulak. Dengan adik aku dua orang tu, aku ada cakap. Tapi, entahlah.

Tak ambil endah pun. Aku pesan suruh call, katanya nanti, nanti call. Dengan abang-abang dan kakak-kakak aku, hmmm.. sepatutnya mereka lebih faham. Kalau nak kata mereka dah kahwin, dah ada keluarga sendiri, sibuk nak uruskan itu ini, aku sendiri pun dah berkahwin, dah berkeluarga.

Bila mereka tak hubungi mak aku, mereka tak tahu apa masalah yang mak aku hadapi. lya, aku faham kalau nak kata masalah tu masalah remeh tapi dengarlah luahan hati ibu tu. Hanya aku yang tahu apa masalah dalam rumah mak aku sebab aku yang hari-hari telefon.

Masalah paip bocor, atap berlubang, masalah longkang tersumbat, beras masih ada ke tak, memang hal kecik, tapi itulah perkara yang sebenarnya kita kena ambik tahu. Kalau telefon pun tak, macam mana kau nak tahu?? Bab balik kampung, lagilah haru.

Ada yang balik setahun dua kali je. Itu pun masa raya. Agaknya kalau takde raya puasa dan raya haji, langsung tak balik kot. Aku mesti tiap-tiap bulan balik sebab aku kena tengok rumah mak aku, ada beras ke tak, ada apa-apa rosak ke tak. Barang dapur ada ke tak.

Hmm.. kalau cakap pasal ni, teringat masa zaman c-19. Masa tu, masing- masing melalak tak dapat balik kampung jumpa mak. Sedih tak dapat jumpa mak. Ni, bila dah boleh balik, macam-macam alasan pulak kau nak jenguk mak.

Yang dari muda sampai tua, guna alasan sibuk tu, aku pun tak faham. Kau dari muda, tak habis-habis dengan sibuk kau. Kita ni kena sedar, mak kita dah m4kin tua. Silap silap, tak lama je lagi masa kita dengan dia. Masa tu, tak boleh nak putar pun masa. Nak menyesal pun tak guna.

Ingatlah, kita ni ada anak-anak jugak. Takkan kita nak anak-anak kita buat benda yang sama dekat kita? Suami aku selalu pesan, tak apalah kalau orang lain tak mahu peduli pasal kebajikan mak. Aku, suami aku, anak-anak aku ada.

Aku ni, sementara aku hidup, aku kuatkan semangat nak gembirakan mak aku, bantu mak aku. Benda ni kalau ditegur secara berdepan, silap – silap ada yang bertindak defensive, tuduh aku kurang ajar pulak. Jadi, aku malaslah. Masing- masing fikirlah sendiri.

Sedih bila kenangkan, masa kecik – kecik, elok makan seperiuk, sepakat. Bila dah besar, masing-masing buat hal sendiri. Nak berbincang pun payah. Kalau aku ni anak sulung, memang aku dah bambu dah semua. Tapi kenangkan aku ni adik je. Hmmm.. kasihan mak aku. Mak aku sayang anak-anak dia semua.

Takde siapa yang dia lebihkan. Semua dia sayang sama rata. Adakah sebab mak aku tak demanding, adik beradik aku ingat mak aku ni okey je bila diorang tak telefon?

“Mak mesti okay je tu.”

“Ala.. mak tak kisah kalau tak telefon.”

Macam tu ke? Setiap kali air mata mak aku tumpah sebab kenang per4ngai anak – anak dia, aku mintak ampun dekat Allah. Ya ALLAH, maafkanlah kami! Disebabkan hal ni jugak, aku selalu pesan dekat suami aku. Telefonlah ayah dan mama dia jugak.

Suami aku cakap dia tak rapat sangat dengan mak ayah dia, nak borak apa pun tak tahu. Kekok. Aku cakap, call je. Nanti adalah benda nak diborakkan tu. Alhamdulillah. Memang boleh je nak berborak. Mak dengan ayah ni, diorang bukan nak cakap banyak sangat.

Sebenarnya diorang nak kita ingat dekat diorang. Kerap juga aku ingatkan suami aku, call mama dan ayah dia bila dia dah lama tak call. Aku pun selalu telefon mertuaku. Borak jelah apa-apa. Pasal kereta ke, fesyen tudung terbaru ke, takpe. Belasah je.

Tanyalah khabar diorang. Diorang mesti happy bila anak menantu telefon, tak lupakan diorang. Bagi telefon dekat anak, bagi diorang cakap dengan cucu. Berbalik kepada hal mak aku tadi, aku doakan terbukalah hati adik beradik aku nak call mak aku selalu, balik kampung selalu.

Mungkin orang akan cakap “Ala..senang je. Kau bagitahu jelah adik beradik kau. Benda boleh cakap kan.” Ada benda, memang tak terluah pun. Sebab nak jaga banyak hati. Tak nak bermasam muka. Tak nak ada perg4duhan.

Lain orang, lain per4ngainya. Kita sendiri masak dengan per4ngai setiap adik beradik kita. Ada yang tak boleh terima teguran, ada yang defensive, ada yang tak kisah langsung pun. Mak aku tak henti-henti berdoa agar anak-anak dia berada di bawah redho Ilahi, jadi anak yang baik dan taat, soleh solehan. Semoga ALLAH bagi kami kemudahan dan jalan. Semoga mak aku selalu bahagia. Aamiin. Korang dah call mak ayah korang hari ni?? – Jamilah (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Anak 16 tahun kahwini wanita 41 tahun, ibu cadang cerai