Abang Qu hanya berlakon sebagai PA Vida, masih tidak dapat surat tawaran

  • Post author:

Abang Qu hanya berlakon sebagai PA Vida, masih tidak dapat surat tawaran. Sebelum ini tular mengenai PA Vida yang dibayar RM10,000 sebulan.

Umum sedia mengetahui mengenai pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Abang Qu selepas jutawan kosmetik itu secara rasmi mengumumkan hal tersebut pada Februari lalu.

Sebelum ini, Vida menawarkan gaji sebanyak RM10,00 sebulan namun isu tersebut ditepis oleh Abang Qu. Dia mendedahkan dia hanya berlakon menjadi pembantu peribadi untuk muzik video Vida menerusi satu video live di Instagram.

Dalam siaran tersebut, Qu berkata dia sudah tidak lagi berkolobrasi dengan Vida dan sehingga kini tiada sebarang surat tawaran diberikan oleh jutawan kosmetik tersebut.

“Selepas selesai rakaman muzik video ‘Ku Ikhlaskan’, saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada.

“Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,”katanya.

Ujarnya lagi, pada awalnya dia ditawarkan untuk berkolaborasi dengan usahawan itu untuk belakon menjadi PA untuk ditayang di khalayak ramai.

Bagaimanapun, pemuda itu berkata dia berasa kurang selesa apabila perlu menjalankan tugas seperti PA sebenar.

Pendedahan pemuda itu ternyata mengejutkan ramai serta menasihati Qu supaya lebih peka mengenai surat tawaran kerja.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan nasib menimpa Qu itu hampir sama dengan apa yang dilalui bekas pembantu peribadi Vida iaitu Iqbal Zulkifli.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Vida sendiri mengenai perkara itu. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Baca Juga: Elly Mazlein bersyukur Allah bagi suami yang lebih memahami

Baca Juga: Pesawah berjaya tangguh hukuman penjara 7 tahun selepas petik kes Najib Tun Razak