Lebuhraya Pantai Barat atau WCE dibuka secara rasmi dan menjadi laluan alternatif Lebuhraya PLUS. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan mahu bergerak pulang ke utara.
Namun begitu, ramai yang masih kurang arif dan tidak tahu daripada mana WCE ini bermula. Banyak persoalan yang timbul, misalnya, bagaimana mahu mencapai akses kepada lebuhraya ini daripada kawasan tempat tinggal mereka.
12 Tips Laluan, Cara Dari Selangor Jika Nak Masuk WCE
Yang mana dari Shah Alam dan nak ke utara dan untuk mengelakkan jem di Kuala Selangor dan Tanjung Karang, Saya syorkan ikut laluan:
1. LATAR/ASSAM JAWA – Belok kiri selepas lampu isyarat, ada simpang belok kiri.
2. JALAN SAGA – Belok kanan hingga jumpa pekan Bestari Jaya.
3. JALAN RAWANG(B27) – Selepas Pekan bestari Jaya, lampu siyarat yang ke-2 belok kiri.
4. JALAN RAJA MUSA TANJUNG KARANG (B42) – Ikut sepanjang Jalan Raja Musa hingga berjumpa selekoh, terus hingga jumpa Jalan Anggerik
5. JALAN ANGGERIK – Perlahankan kenderaan kerana berada di kawasan kampung, terus hingga ke hujung jalan, kemudian belok kanan masuk ke Jalan Tanjung.
6. JALAN SETANJUNG – Teruskan perjalanan, jalan ini akan terus jumpa dengan Jalan TERUSAN UTAMA a.k.a Jalan ban canal.
7. JALAN TERUSAN UTAMA (B110) – Terus hingga ke hujung jalan. Akan jumpa simpang empat, kemudian terus sahaja.
8. JALAN PARIT 4 SUNGAI PANJANG – Terus hingga ke hujung jalan, jumpa simpang 4 Jalan terus.
9. JALAN PARIT 4 TIMUR – Terus hingga ke hujung Jalan, kemudian belok ke kanan.
10. JALAN PARIT 1 BAGAN TERAP (B51) – Terus hingga jumpa masjid di sebelah kiri, simpang parit 6 disebelah kiri, sebelum Masjid.
11. JALAN PARIT 6 BARAT – Terus hingga ke hujung jalan, kemudian belok kiri (memang tak boleh belok kanan). Buat U-turn dibawah flyover.
12. JALAN TELUK INTAN KLANG (FR5) – Terus sahaja hingga ke persimpangan TAIPING SELATAN kemudian masuk ke PLUS CHANGKAT JERING.
Semoga bermanfaat. – sumber dari facebook fcseladang
baca: Sudah masuk 15 ramadhan! Mari lihat 5 kebaikan berpuasa yang tak ramai tahu..