Dengan pendapatan yang melimpah ruah dari pelbagai sumber pendapatan yang dimilikinya, Shah Rukh Khan sudah pasti memiliki pelbagai cara untuk menghabiskan kekayaannya.
SRK memiliki banyak harta benda berdasarkan prestasi karier jangka masa panjangnya dan momentum padu yang beliau nikmati.
Dari Mannat, rumahnya yang menghadap ke laut di Mumbai dan bernilai 200 kror (RM 114.24 juta), hingga kepada Bugatti Veyron bernilai 14cr, pelakon tersebut benar-benar menjalani kehidupan seperti seorang raja yang sebenar. Salah satu aset kekayaannya termasuk pemilikan sebuah rumah di pulau persendirian Palm Jumeirah, Dubai.
Rumah mewah tersebut dikenali dengan nama “Jannat” dan terletak di K Frond, Palm Jumeirah, yang merupakan gugusan pulau buatan terbesar di dunia. Harga sebuah villa di kawasan tersebut boleh mencecah sehingga $2.8 juta (RM13.01 juta).
Rumah SRK di Palm Jumeirah
Dengan keluasan 8,500 kaki persegi (789.68 meter persegi), vila tersebut telah diberikan sebagai hadiah formal oleh pemaju hartanah Dubai, Nakheel, pada bulan September 2007, selepas dia mendapatkan kelulusan daripada Reserve Bank of India (RBI).
Vila percutian ini didirikan di atas lot berkeluasan 14,000 kaki persegi (1300.64 meter persegi), dengan bahagian luar yang terbuka kepada pelawat. Namun, bahagian dalamnya adalah terhad dan dikawal dengan rapi.
Rumah tersebut mempunyai enam bilik tidur dan dua garaj berkunci. Selain itu, terdapat beberapa kemudahan mewah seperti kolam renang peribadi dan pantai dengan kemudahan untuk memancing di laut dalam dan menjalankan aktiviti sukan air.
Difahamkan, reka bentuk dalaman rumah tersebut dilakukan oleh isteri pelakon tersebut, Gauri Khan, yang juga merupakan seorang pereka dalaman.
Baca juga: Resepi nugget kentang mudah untuk anak ramai, cuma guna 6 bahan je..murah dan jimat