Air atau sukan yang penting? Netizen pertikai RM207 juta digunakan untuk bina Stadium di Pasir Puteh tapi isu air tak selesai

  • Post author:

Air atau sukan yang penting? Netizen pertikai RM207 juta digunakan untuk bina Stadium di Pasir Puteh tapi isu air tak selesai. Kompleks Sukan Bukit Merbau  terletak di Pasir Puteh, dekat sini akan mula dibina Januari tahun hadapan.

Ia bakal menjadi lokasi utama pertandingan bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 yang diadakan pada 2026.

Kompleks sukan di kawasan seluas 66.4 hektar merangkumi stadium tertutup, padang hoki, tenis, dan padang sintetik itu sebagai persediaan Kelantan sebagai tuan rumah Sukma 2026.

Netizen mula mempertikai mengenai sama ada projek ini akan terbengkalai seperti projek-projek sebelum ini. 

Isu air tak selesai lagi, netizen risau atlet gunakan tandas tiada air

Isu air bersih masih lagi belum selesai di Kelantan. Jadi dengan terbinanya stadium ini, dapatkah isu air selesai, bagaimana pula jika ramai yang menggunakan dalam satu masa dan air tiada. 

Ia akan menyebabkan kekecohan dan pastinya menimbulkan isu dan menjatuhkan maruah Kelantan.

“Pastikan air ada di setiap lokasi, susah atlet nak membuang air besar nanti. Kebersihan lambang keimanan.

“Doakan terbaik. Semoga stadium ada air bersih untuk kegunaan rakyat demi Sukma dan projek,” antara komen netizen.

 

“Eh baru nak mula? Rasanya dah umum bertahun-tahun dah. Ooo lupa nak pilihanraya.

“Harap urusan tender ini tidak melibatkan PAS, kerana berdasarkan rekod PAS asyik pecah tanah dan dirikan batu asa tapi projek tak pernah siap,” antara komen netizen mengenai isu ini.

 

Ada juga keluhan dari rakyat Kelantan yang mahukan kerajaan pusat untuk tolong rakyat Kelantan dahulu sebelum membazirkan wang yang banyak untuk perkara yang hanya digunakan sekali sekala sahaja.

Di samping itu, terdapat banyak projek yang tidak dapat disiapkan pada waktu yang tepat sehingga menyebabkan orang ramai mempertikai sama ada projek ini mungkin tidak akan siap pada waktunya.

Diharapkan isu mengenai air di Kelantan dapat diselesaikan sebelum siap Stadium tersebut. Isu ini pastinya akan memalukan kerajaan Kelantan seandainya air tiada ketika SUKMA sedang berlansung.

Kos yang tinggi untuk pembinaan Stadium tersebut juga perlu diambil kira, rakyat kini berada dalam situasi ekonomi yang sangat teruk disebabkan subsidi ditarik dan harga siling ayam dan telur ditarik balik. Gunakanlah duit tersebut untk membantu rakyat.

Baca Juga: Wanita sebak lihat budak darjah 6 ponteng sekolah sebab nak bantu keluarga

Baca Juga: Isu berlarutan air Kelantan: Menteri boleh buka semula laporan dibentang Husam