AJK Masjid halau sebab tak bawa sejadah dan bawa anak-anak

AJK Masjid halau sebab tak bawa sejadah dan bawa anak-anak. Individu luah rasa kesal selepas dihalau dan disuruh solat diluar.

Selepas pandemik, pastinya ramai yang rindukan suasana solat berjemaah di masjid dan surau, namun terdapat segelintir yang tak senang akan hal ini.

Menurut portal BeautifulNara, pihak masjid telah menghalau jemaah untuk solat diluar dan ianya kerana hanya tidak membawa sejadah dan bawa kanak-kanak.

Melihat di ruangan komen hantaran tersebut, ada juga yang berkongsikan kisah sama yang dihadapi oleh jejaka tersebut dan meluahkan rasa tidak puas hati apabila AJK masjid terbabit berbuat demikian.

Malah, ada juga warganet yang berpendapat sekarang ini sudah memasuki fasa endemik, jadinya tidak perlu AJK masjid berkenaan berkelakuan sedemikian dan mudahkan urusan jemaah untuk menunaikan ibadat di sana.

Salah seorang pengguna facebook turut meluahkan rasa kesal apabila suaminya yang pulang beraya dhalau ketika mahu menunaikan solat terawih hanya kerana tidak membawa sejadah.

“Suami saya melalui situasi yang sama. Sewaktu pulang beraya hari itu, dia tidak membawa sejadah ke surau kerana di Pulau Pinang sudah tidak diwajibkan untuk membawa sejadah ke surau, ada seorang pakcik yang menghalaunya sambil tanya mana sejadah dengan cara yang tidak menyenangkan”.

Sesetengah netizen juga kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh AJK berkenaan.

“Sepatutnya permudahkan urusan orang yang menunaikan solat.

“Masjid dalam Al-Quran pun dah sebut rumah Allah bukan rumah AJK,” luahan para netizen di hantaran milik individu tersebut.

Diharapkan kes seperti ini tidak berlaku lagi, pastinya banyak lagi sejadah yang ada di masjid mahupun surau, tak sopan kalau dihalau hanya kerana tidak bawa sejadah. Ramai mahu kejar pahala solat berjemaah bukan ahli AJK sahaja.

Baca Juga: Pelajar tahfiz lari sebab tak tahan diliwat senior sejak 2020

Baca Juga: Tuduhan Tabung Haji jual ekuiti RM2.6 billion jelaslah satu fitnah