Pelajar tahfiz lari sebab tak tahan diliwat senior sejak 2020

Pelajar tahfiz lari sebab tak tahan diliwat senior sejak 2020. Pelajar berusia 13 tahun itu tidak memaklumkan ibunya kerana bimbang dengan ugutan dan dipukul pelajar senior.

Bagaimanapun, ia terbongkar apabila anaknya bersama dua rakan melarikan diri dari pusat tahfiz terbabit kerana dikatakan tidak tahan dibuli pelajar senior terbabit.

Menurut Sinar Harian, pada Rabu, ibu mangsa yang dikenali sebagai Lina, 30 an dimaklumkan oleh kakak ipar bahawa anaknya melarikan diri dari tempat pengajian tahfiz di sini.

“Apabila saya bertanyakan anak kenapa buat demikian, dia maklumkan tidak tahan kerana telah diliwat pelajar senior sejak tahun 2020.

“Anak juga mendakwa dua lagi rakan turut dibuli senior menyebabkan mereka melarikan diri,” dakwanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa.

“Kita sedang menunggu arahan seterusnya bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Baca Juga: Kanak-kanak 12 tahun dakwa dirogol rakan atas talian

Baca Juga: Bekas Menteri Pertanian turun pasar Chow Kit, harga ayam RM11 sekilo di sana