Akaun media sosial kerajaan Singapura diserang pengikut Ustaz Somad

  • Post author:

Akaun media sosial kerajaan Singapura diserang pengikut Ustaz Somad gara-gara individu tersebut dihalang masuk ke Singapura pada Isnin lepas.

Menurut CNA, beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura dispam pengikut kepada penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura.

Memetik jurucakap Kementerian Komunikasi dan Penerangan (MCI), CNA melaporkan adanya gesaan untuk melancarkan serangan siber ke atas akaun media sosial Kerajaan Singapura.

Antara media sosial yang diserang ialah:

  • Presiden Halimah Yacob,
  • Perdana Menteri Lee Hsien Loong,
  • Menteri Kanan Teo Chee Hean, dan
  • Menteri Luar Vivian Balakrishnan 
  • Twitter Lee.
  • Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan dan Lembaga Pelancongan Singapura 

“Selain itu, laman sesawang dua syarikat pengurusan acara turut terjejas. Laman sesawang berkenaan dapat dipulihkan semula dan SingCERT akan menghubungi syarikat itu untuk membantu,” kata jurucakap MCI.

SingCERT atau Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Singapura adalah agensi yang bertanggungjawab untuk respons terhadap insiden keselamatan siber di Singapura.

Menurut MCI organisasi tempatan yang terjejas akibat serangan siber atau mempunyai bukti adanya aktiviti mencurigakan terhadap rangkaian mereka perlu melaporkan kepada SingCERT.

Kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai “pelampau dan penyokong dasar segregasi”, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.

Menurut MHA kemasukan pelawat ke Singapura adalah berdasarkan kaedah “tidak secara automatik mahupun mempunyai hak” dan “setiap kes dinilai berdasarkan merit tersendiri.”

Baca Juga: Singapura jadi negara keenam halang Ustaz Somad masuk negara

Baca Juga: Aeril Zafril dikecam gara-gara satu komen dianggap tak sensitif pada Ustaz Kazim