“Aku pengsan rupanya dia masukkan ubat sebah dia tak tahan, 12 hari aku berpantang sedar-sedar kemaluan rasa pedih sangat memang sakit”.
Aku tak tahu nak luah atau cerita kat sapa kalau korang baca cerita aku ni jijik aku mintak maaf siap – siap, tapi aku dah tak tahan aku kena luahkan. Setidaknya aku rasa lega dan mungkin komen korang akan membantu jadi apa korang rasa aku patut buat lepas baca cerita aku ni.
Suami aku jenis tak baran, sentiasa bagi aku duit, sentiasa cakap sayangkan aku setiap hari, dia puji kata aku cantik dan hanya ada aku sorang takda perempuan lain tapi ada beberapa hal membuatkan aku rasa dah tak nak gelaran isteri ni.
Sekarang ni perkahwinan kami dah 5 tahun. Masa awal – awal kahwin dulu dalam sebulan macam tu ya sangat la jelas suami aku jenis lelaki yang bernafsu tinggi. Tinggi yang sehari kalau dia cuti boleh jadi 4 – 7 kali sekali jalan 2 – 3 round kalau dia keja sehari sekali 2 – 3 round dan bila waktu dia break masa waktu keja dia sanggup tak makan pegi tandas video call aku untuk puaskan nafsu.
Bila aku datang haid hari ketiga dia dah suruh telan pil stop darah yang high dose 4 biji 3 jam sekali makan. Dan suami aku jugak takkan tolong aku buat kerja rumah walau sikit nak basuh pinggan sebulan sekali pun payah, jadi korang faham kan kerja rumah yang lain macam mana?
Katanya dia bagi duit pada aku sebulan hampir cecah 10k jadi apa salahnya kalau tak buat kerja rumah. Bila aku dah lekat anak sulung suami aku happy sangat sampaikan dia belikan aku handbag yang harganya 2 ribu lebih tapi sehappy happy suami aku happy lagi aku sebab aku sangkakan sepanjang pregnant ni bolehla aku rehat – rehat sikit kan. Rehat dari segi layan batin suami maksud aku.
Jadi aku harap suami aku faham lah rupanya tak korang. Suami aku buat research boleh ka masa mengandung buat hubungan badan dan jawapan yang keluar dekat google tu boleh bila dah masuk trimester 2 tu. Tapi aku cakap pada suami yang ni anak sulung kita takda pengalaman dan aku taknak amik risiko,
Esoknya dia jumpa doktor dan cakap pasal hal ni dan doktor pun sahkan apa dibaca kat google tu betul cuma risiko atas masing – masing kalau dah cukup bulan tu kalau nak berhubungan badan lagi doktor syorkan.
Jadi sepanjang aku mengandung pun aku tetap kena layan suami aku dan suami aku tak boleh tunggu pun sampai masuk trimester kedua puas aku menolak tapi dicopnya pulak aku isteri derhaka takkan bau syurga aku takut dengan panggiIan tu jadi aku turutkan saja.
Bila lahir saja anak pertama kami aku rasa hidup aku makin sengsara korang faham kan fasa newborn macam mana? Dalam berpantang lagi suami aku ambil cuti saja tapi apa yang dia buat hanya tolong hantar aku pegi kIinik ja bangun malam? Jaga baby?
Semua pasal baby? Semua pasal pantang? Segala keja rumah? Masak? Aku yang kena buat. Aku sahaja. Kenapa aku tak pantang rumah mak aku atau mak mertua? Sebab laki aku tak bagi, aku rasa macam nak giIa. Dan aku rasa aku dah separuh giIa masa tu. Bila masuk hari pantang ke 7 guess what?
Laki aku suruh telan pil stop darah time ni aku nangis giIa – giIa aku cakap pada laki aku yang aku tengah sakit ni, Iuka aku pun tak sembuh lagi kenapa perlu macam ni tapi laki berkeras nak jugak jadi aku cakap yang kita buat cara lagi satu untuk puaskan nafsu suami aku. Korang faham kan?
Tapi suami aku tolak dan berlalu macam tu jaa. Masa aku pantang hari ke 12 kot tak silap aku la. Aku terkejut tiba – tiba suami aku bawakkan air kosong dan roti jagung untuk aku aku rasa berbunga sangat masa tu rasa happy tapi lepas tu aku rasa mengantuk giIa mengantuk yang terlampau ya. Aku tertidur bila aku bangun dari tidur aku.
V aku rasa sakit sangat sangat korang rasa pedih sangatt memang sakit dan sekelip mata aku paham dan sedar ada sesuatu yang husband aku letak dalam air aku. Bila aku keluar bilik aku nampak laki aku yang tengah pujuk anak aku nangis aku nampak ja situasi tu terus aku mengamuk bila aku tengok jam dah pukuI 5 lebih tauu aku minum tadi pukuI 12 lebih dan guess what?
Anak aku melalak nangis macam tu pun husband aku tak terfikir untuk bancuh susu bagi minumm aku memang naik anginn giIaaaa. Macam – macam aku cakap kat suami aku, laki tak guna la apa lah segala benda buruk aku maki kan.
Aku dah ready kalau kalau aku kena pukuI tapi laki aku hanya cakap yang aku isteri derhaka takkan masuk syurga. Kemudian keluar rumah seminggu ya suami aku tak balik. Aku tak tertanya – tanya langsung ke mana suami aku pergi mungkin ka pergi rumah perempuan lain aku tak kesah.
Kalau dia balik nak ceraikan aku pun aku tak kisah sepanjang ketiadaan dia aku rasa aman sangat malah aku tau keadaan kami berdua sebagai suami isteri pun tak bahagia. Lepas seminggu dia balik, aku langsung tak tegur dia aku hanya urus anak, buat kerja rumah, makan dia aku tetap buatkan jugak, aku tunggu dia mulakan conversation dulu dan dia mulakan.
Tapi apa yang keluar dari mulut dia tu buat aku rasa nak mengamuk buat kali kedua. Aku ingat yang mungkin dia akan minta maaf rupanya tak ya! Dia hanya bagitau aku yang dia dah beli ubat paling terbaik dan berkesan bagi Iuka jahit aku dan dia nak aku pakai secepat mungkin!
Apa yang aku rasa masa tu aku salah pilih dia jadi suami aku. Salah sangat. Aku pendekkan sikit cerita, tiba masa aku lekat anak kedua. Ketika tu anak pertama aku baru setahun 4 bulan. Aku rasa down, aku taknak anak lagi tapi aku tak diizinkan pakai perancang.
Suami aku cakap kalau ada rezeki Allah bagi kita ambik ja. Sedangkan aku ni hari – hari doa tak nak pregnant lagi. Aku cakap pada suami yang aku nak gugurkan kandungan, tapi suami berkeras halang, tak bagi katanya sayang anak ni tapi aku tolak aku cakap yang bila aku dah beranak dia tak tolong pun uruskan aku malah masa pregnant pun, dia takde nak ringankan beban aku.
Suami aku pun berjanji akan berubah jadi aku lembut hati tapi janji taik! Dia buat jugak perangai dia yang ceritakan tadi. Ya, kerja rumah tetap macam biasa, hanya aku yang buat. Nafkah batin? Tetap aku kena walau macam mana pun sepertinya aku wajib walaupun demam panas.
Bila aku dah beranak, aku menangis macam budak kecik nak pantang kat rumah mak aku. Sebab aku nak berehat, aku terlalu penat dan aku tau bila aku pantang kat situ, cara mak aku, dia tak bagi suami tengok aku selama berpantang.
Hanya selepas 3 hari habis pantang baru boleh. Jadi segala duit suami akan bagi melalui ayah aku je, kalau suami nak datang, boleh tengok anak ja. Aku rasa tenang sangat, ketenangan yang lama aku tak dapat sejak aku jadi isteri orang.
Hari – hari berlalu suami aku pun datang jemput aku balik ke rumah kami masuk ja rumah soalan pertama yang ditanya dah? Baik belum Iuka bersalin? Jadi korang paham la kan apa yang jadi seterusnya.. Bila dah aku lekat lagi anak ketiga masa ni memang betul – betul aku cari ubat dan cara bagi gugur, suami aku masih sama halang aku.
Tapi kalini aku mengamuk, aku tak nak jugak. Aku jerit aku tinggikan suara sampai suami aku terp4ksa cakap jujur yang dia suka sangat bila aku mengandung aku nampak makin seksi. Dia suka bersama bila aku mengandung.
Aku dengar ja tu aku terus masuk bilik kunci pintu. Dan hari mendatang, jalan cerita sama jaa maksudnya suami aku tetap samaa dan sekarang ni anak ketiga aku dah masuk 9 bulan aku amik perancang diam – diam. Dan aku sangat penat sebagai isteri, aku rasa husband aku tak akan berubah selagi tak masuk kategori warga emas.
Aku rasa berpisah lebih baik tapi dalam masa yang sama kesian pada anak – anak. Jadi apa perlu aku buat? Aku buntu, takkan aku nak bagitau family aku atau dia? Bila aku ajak jumpa doktor dia tak nak, hmmm. – Fifi (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Mashitah Mashie : Allahuakbar.. Kesiannya, sedih giIa. Dengar yang masa berpantang anak pertama, suami awak sanggup buat macam tu. Allahuuuu rasa s4kitnya. Huhuhu weiii dia dah mental ke apa? Sorry.. suami awak betul – betul s4kit!!!
Halimatul Saadia Samion : Tolong lah kak keluar dari perkahwinan macam ni. Saya sendiri tak tanggup nak baca ya Allah. Kuatnya akak. Semoga Allah permudahkan segala urusan akak dan anak – anak. Laki macam ni patut bagi makan buaya. Bukan menidakkan hak suami tapi sekurangnya cubalah paham situasi isteri yang ph0bia tak habis lagi ya Allah berat ujian akak.
Baca juga: Cara buat air yang korang suka order di kedai makan tu, buat sendiri lagi sedap!