Hantaran merupakan pertukaran hadiah antara pihak lelaki dan perempuan sewaktu akad nikah berlangsung. Biasanya hantaran akan disediakan beberapa bulan sebelum majlis dan akan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Tanggungjawab menyediakan hantaran biasanya ditanggung oleh pihak lelaki. Namun, lain pula kongsi seorang pengguna Twitter apabila pihak perempuan yang bermurah hati untuk menyumbang hantaran. Walaupun begitu, pihak lelaki seperti mengambil kesempatan dan tidak menghargai keprihatinan pihak perempuan itu.
“Hantaran kami dah ditetapkan RM10,000. Kami dah setuju untuk bahagia dua. Saya kumpul RM5,000 dan tunang saya kumpul RM5,000.
“Tapi sedihlah. Kenduri kami bulan Disember nanti, sampai sekarang dia tak mula lagi menyimpan. Aku yang perempuan ni pulak beriya menyimpan.
“Kadang rasa macam taknak teruskan bila tengok dia tak ada usaha. Macam mana ya nak berhadapan dengan situasi ini?” tanya wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji wanita itu yang sanggup membantu pihak lelaki. Namun, ada juga yang mencadangkan agar wanita itu tidak meneruskan perkahwinan tersebut bagi mengelakkan masalah pada masa hadapan.