Manusia memang jarang menghargai apa yang ada didepan mata mereka sehinggalah mereka kehilangan orang itu buat selama-lamanya barulah perasaan menyesal itu hadir dalam diri. Bila insan yang disayangi sudah pergi buat selamanya tiada lagi yang dapat dilakukan dan yang tinggal hanyalah sebuah penyesalan yang tidak berpenghujung.
Seorang suami berkongsi kisahnya yang menyesal akan perbuatannya tidak menghargai isterinya. Isterinya telah meninggal dunia tanpa sempat dia untuk memohon maaf. Ikuti kisah ini.
Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Cukuplah aku kenalkan diri sebagai Omar. Aku sedar apa yang aku bentangkan minggu ini mungkin tidak menarik minat kaum lelaki membacanya. Tetapi kepada kaum wanita yang baca dan bisikkan pengalaman aku ini kepada suami anda supaya mereka insaf dan boleh menjadi iktibar.
Benar cerita ini dah lama, tetapi peristiwa itu terus terpahat di kepala aku. Walaupun cerita lama, tetapi ia tetap berulang dalam masyarakat kita. aku harap cerita aku ini menjadi pengajaran supaya tidak berulang lagi. Aku insaf, dosa yang aku lakukan amat besar.
Dan sukar aku melupakannya, tambah-tambah apabila aku melihat anak-anak memandang aku, aku tetap anggap mereka marahkan aku kerana akulah, emak mereka meninggaI dunia dalam keadaan yang tersiksa jiwa dan raga. Izinkan aku bercerita dari awal, aku merupakan kakitangan kerajaan, tetapi aku mengaku tak pandai menguruskan diri, tak pandai gosok pakaian, memasak apatah lagi berkemas rumah. Kerana kelemahan inilah aku berhasrat mencari isteri yag tidak bekerja, supaya dia boleh jadi surirumah sepenuh masa.
Sebab aku tak mahu fikirkan masalah anak, masak dan lain-lain. Dah jodoh agaknya aku terjumpa seorang gadis kerani kilang, Suria namanya dalam perkenalan singkat aku berjaya pujuk dia berhenti kerja dan aku hendak melamar dia. Dia setuju.
Diawal perkahwinan hidup kami cukup bahagia macam pasangan baru yang lain, susah senang Suria sanggup bersama aku sehingga kami dikurniakan 2 orang anak. Suria tidak pernah merungut jika aku beri dia wang belanja makan minum ada kalanya tak cukup.
Tapi dia pandai berjimat cermat, setiap ringgit yang aku beri sama ada banyak atau sedikit dia kata cukup dan berterima kasih kepada aku. Kalau dulu semasa Suria berkerja, dia mampu beli kosmetik dan pakaian serba baru setiap bulan, tetapi setelah berkahwin dia tak kisah jika pakaiannya hanya berganti setahun sekali atau menggunakan bedak sejuk Siam.
Namun dia tetap ayu dan sangat menjaga penampilannya sama seperti wanita berkerja. Setelah anak sulung aku berusia 8 tahun, aku diuji dengan kehadiran wanita baru dalam hidup aku. Ema nama gadis ini. Kami bertemu ketika aku menghadiri kursus di luar kota.
Entah macam mana, tangan aku gatal, aku cuba telefon Ema. Tak sangka ada sambutan. Mulanya saja suka-suka, nak acah-acah, akhirnya hubungan kami jadi amat kerap. Lama kelamaan hubungan kami lahirlah bibit-bibit cinta. Sudah pasti akhirnya aku kecundang dengan pujuk rayu Ema, kelembutan bahasanya. Sejak itu aku mula pandai menipu isteri, setiap kali balik kerja lewat aku kata ada meeting, kadang-kadang tipu ada urusan luar daerah.
Dah pandai jugak balik setelah embun jantan menitik. Bila Suria tanya, tak pasal pasal aku jadi baran. Suara aku pun mula meninggi, konon kalau tunjuk garang, lain kali isteri tak berani tanya lagi. Memang benar, kalau dah buat dosa bila orang asyik bertanya telinga dan hati cepat terasa panas. Hangin satu badan!
Perkenalan dengan Ema telah dicemari dengan perkara-perkara mungkar. Akhirnya perbuatan aku yang keji aku terbongkar jua, dapat dihidu oleh isteri dan anak-anak. Satu hari kerana marah aku beritahu Suria aku akan berkahwin dengan Ema. Tapi Suria tidak mahu bermadu. Dia merayu aku sambil meminta penjelasan dia apa yang kurang pada dirinya? Apa kesalahannya? Dia mengaku jika benar, dan akan berubah demi aku.
Suria kata dia tidak pernah minta hidup mewah dan tidak pernah meminta barang barang mewah daripada aku. Tetapi aku tak peduli kerana Ema telah meyakinkan aku bahawa dia mahu berkahwin dengan aku bukan kerana ringgit aku, kerana dia sendiri pun berkerja. Aku akui Suria memang isteri sempurna dan baik, sebelum aku berkahwin dengannya, dia tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki.
Aku adalah cinta pertamanya kerana dia dikawal rapi oleh keluarganya. Tetapi Ema yang aku cintakan ini telah puas bertukar cinta dengan ramai lelaki. Entah apa yang aku lihat keistimewaannya aku pun tak tahu.
Mungkin dia bijak berselindung di sebalik kelembutannya. Mungkin kerana Ema sering meluahkan rasa kecewa dan deritanya kerana dikecewakan oleh lelaki lain membuatkan aku benar-benar simpati dan kasihan untuk mengahwininya. Episod kebencian aku terhadap Suria mula menghantui rumahtangga aku.
Setiap hari aku cari kesilapan dan keburukan Suria. Aku sengaja cari kesalahannya Suria. Aku jaja keburukannya kepada adik beradik aku dengan harapan aku mendapat sokongan mereka untuk berkahwin dengan Ema. Kebencian aku kepada Suria menjadi-jadi, kalau dulu aku tak pandai memukuI, sekarang aku sudah pandai tempeIeng dan sepak terajang Suria. Akibatnya setip hari Suria berendam air mata. Apa aku peduli!
Ketika itu aku menjadi marah kerana dia tak mahu aku kahwin dengan Ema, dia tetap tanya apa kesalahannya? Bukan dia salah? Tapi aku memang nak kahwin lagi. Mengapa dia begitu bodoh? Aku lebih agresif terhadap Suria apabila ugut cerai aku dia tidak dipedulikan. Suria seolah-olah tidak takut dengan ugutan cerai aku, sebaliknya dia telah bersedia untuk menempuh penceraian itu.
Ketika itu aku rasa aku seorang suami dan ayah yang kejam. Kerana Ema aku sanggup sepak terajang Suria. Sedihnya kerana anak-anak juga turut jadi mangsa. Makan minum mereka aku mula buat sambil lewa, aku cuba jimatkan duit untuk kahwin dengan Ema. Ketika itu tidak ada lagi keharmonian, kebahagiaan dan rasa kasih sayang antara kami sekeluarga, sebaliknya aku malas hendak balik ke rumah.
Rumah sudah panas dalam hidup aku, makin aku lihat muka Suria semakin benci aku menjadi jadi. Bukan dia saja, dengan anak-anak pun aku jadi marah tak memasal. Ada saja yang tak kena pada penglihatan aku. Empat tahun lamanya rumahatangga kami kucar kacir. Semakin hari semakin benci aku pada Suria menjadi-jadi.
Tetapi dia tetap sabar. Masalahnya Ema dan Suria memang tak mahu bermadu, jadi di sini letaknya masalah aku. Aku nak ceraikan Suria, dia pun tak mau, tetapi akhirnya dia bersedia bercerai jika itu pilihan aku terakhir. Dipendekkan cerita, setahun kemudian Suria jatuh pengsan, ketika itu aku di pejabat. Mujur anak sulung aku ada di rumah dia telefon beritahu Suria pengsan. Tapi aku tak pedulikan. aku anggap itu semua taktik Suria berlakon, pandai konon nak menipu aku untuk menarik perhatian aku terhadapnya. Tiba-tiba perasaan benci aku terhadapnya menjadi-jadi. Sepanjang krisis yang berlaku aku tidak pernah ambil tahu kesihatan Suria, dia sakit ke, demam ke, Iuka ke sebab kena Iempang dan kena terajang. Aku buat tak kisah.
Ikut pandai kau lah nak hidup. Nak berubat pergi hospitaI sendiri. Tapi Suria tak pernah pergi dia tetap tunggu aku sebab takut kalau doktor tanya macam macam, apa dia nak jawab. Dan dia tak mahu perkerjaan aku terjejas kerana laporan doktor. Entah kenapa tak terbuka hati aku untuk segera balik ke rumah untuk melihat keadaan Suria. Sejam kemudian anak aku telefon lagi memberitahu Suria ibu mereka telah meninggaI dunia. Aku terkejut dan terpaku. Seluruh tubuh aku menggeletar bila mendengar berita itu. Ketika melihat sekujur tubuh Suria diselimutkan dengan kain batik lepas dan diletakkan di ruang tamu, melihat dan mendengar jiran-jiran membaca yassin dan Quran, aku jadi terkedu. Aku rasa kaki tidak jejak ke tanah ketika berdiri, seperti di awangan.
Aku tak pernah percaya Suria sakit, kini dia sudah tiada lagi. Setelah jenazah disemadikan, buat pertama kali malam itu aku hidup tanpa Suria. Ketika itu rasa kekesalan datang bertubi-tubi. Anak-anak aku yang sulung sekolah menengah dan kecil sekolah rendah memandang aku. Ketika itu rasa malu, daif, jahiI, menyesal dan hampa bertubi-tubi melantun ke muka aku. Sepanjang malam aku menangis. Menangis tanpa suara, puas aku cuba hentikan air mata ini tapi ia tetap mengalir sehinggalah berkumandang azan subuh. Tanpa Suria hidup aku jauh berbeza. Segalanya tidak terurus, mujur anak-anak sudah besar. Suria pandai mengajar mereka urusan rumahtangga, mengurus diri sendiri. Aku mula merindui Suria, rindukan segala kebaikan Suria kepada aku.
Masih dalam kesedihan Ema masuk jarum konon hendak beri aku semangat untuk hidup kepada lebih baik lagi. MaIangnya ketika itu aku mula berfikir kerana Ema aku kehilangan Suria. Masih terbayang di mata aku, betapa kejamnya aku kepada isteri aku ini. Dan aku tak sempat memohon ampun. Suria, isteri yang sempurna tetapi aku tidak menghargainya. Aku suami yang mementingkan hati dan perasaan sendiri tanpa pernah memikirkan hati dan emosi Suria. Malah aku lebih bersusah payah menjaga hati Ema daripada isteri sendiri. Aku boleh memaki hamun, memukuI Suria semata-mata kerana aduan dan hasutan Ema yang bukan-bukan. Nak jadikan cerita sebeIah kaki aku kadang-kadang lemah tak terasa bila nak berdiri. Nak kata Stroke bukan, berurut pun sudah, tetapi kadang kala kaki aku jadi lemah susah nak berdiri.
Ketika itu aku sedar inilah kesan dari perbuatan aku suka sepak terajang Suria, seorag isteri yang baik. Kadang kala tangan aku juga terasa lemah, aku rasa inilah baIa yang aku terima. Kini banyak masa aku habiskan berubat, berurut sebab dokor tak dapat nak buktikan punca penyakit aku ini. Kini aku hidup dengan kesedihan dan penyesalan yang teramat sangat yang tak mungkin dapat dirungkaikan, selagi aku tidak mendapat keampunan dari arwah. Betapa sakitnya kehidupan ini tanpa mu sayang. Kini baru aku merasai benar-benar kehilanganmu sesuatu yang amat berharga. Ampunkan dosaku sayang.
Baca juga: ‘Fed-up’ agaknya cari pantai tak jumpa, Minah Saleh ini berjemur tengah KL buat netizen terhibur