Alami masalah saraf, lelaki kini boleh ‘merasa’ dan ‘menghidu’ perkataan

Masalah saraf selalunya memberi impak buruk kepada manusia, namun lelaki di Britain ini boleh dikatakan unik kerana dapat ‘merasa’ dan ‘menghidu’ sesuatu perkataan terutamanya nama manusia.

Henry Gray, 23, dari Newcastle mendapati dia mengalami synaesthesia leksikal-gustasi pada 2009 selepas ibu bapa dan gurunya meminta dia memberikan pendapat mengenai ‘rasa’ nama rakan-rakan sekelasnya lapor Metro UK.

“Saya masih ingat berfikir bagaimana orang lain tidak menganggap nama Maggy itu berasa seperti telur” katanya sambil mengimbau zaman kanak-kanaknya.

Kaitkan nama dengan rasa, bau dan perasaan

Nama bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson terasa seperti ‘menyepit kumbang bercengkerang keras menggunakan kaki’ luah Gray.

Manakala ahli kumpulan One Direction, Harry Styles pula berasa seperti ‘rambut melekat pada wayar telefon dan nama bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump seperti ‘itik getah yang kempis’.

“Saya selalu mengaitkan perkataan dan nama dengan rasa makanan, bau dan perasaan.

“Bagi saya, nama Kate Middleton berasa seperti memotong kain bergerigi menggunakan pisau di dalam gereja dan saya boleh mendengarnya.

“Salah satu nama yang paling teruk bagi saya ialah Kirsty iaitu bau air kencing. Saya tidak pasti boleh berkawan rapat atau bercinta dengan Kirsty,” katanya. – Agensi

Baca Juga: Gara-gara berselisihan faham, lelaki gilis teman wanita hingga mati

Baca Juga: Jangan terkejut ada suami kerap diterajang isteri, ini patut mangsa dera buat