Alif Syukri nafi MV terbaru promosi golongan LGBT

Aliff Syukri tidak mengiyakan mahu menafikan mv terbaru mempromosi golongan LGBT. Video muzik raya tesebut jelas memperlihat penari yang dikatakan dari golongan LGBT.

Datuk Seri Aliff Syukri bin Kamarzaman, sebaliknya memberitahu apa yang cuba disampaikan adalah seni tarian.

“Saya tak nak mengiyakan atau menafikan sama ada saya mempromosi golongan LGBT ini atau tidak. Apa yang dilihat itu adalah seni tarian, saya cuma hendak beri kelainan sahaja,” katanya.

Pun begitu, Aliff meminta agar netizen tidak terlalu menghakimi penari-penari itu dari luaran sahaja kerana dia mendedahkan ada diantara mereka yang sudah berkahwin.

“Netizen nampak lembut saja, terus cop golongan LGBT. Mereka yang terlibat (menari) dalam klip video merupakan penari profesional. Mereka ada kerjaya tetap. Seorang penari itu adalah pensyarah dan ada seorang lagi itu, kerja sebagai askar.

“Dalam profesion askar pun ada biro atau exco kebudayaan tahu? Bila kalian menghina, tahu tak mereka semua ada tahap pendidikan yang tinggi, ada ijazah. Ada antara mereka yang dah kahwin dan punya isteri. Jadi, kita tak boleh nak hakimi orang daripada apa yang kita nampak sahaja sebenarnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lagu rayanya kali ini, Aliff menjelaskan makna sebenar tajuk ‘Kelepok Raya’: “Kelepok tu maksudnya macam kita ‘lepok’ atau pukul orang lah macam tu…tiada makna lain pun. Saya pilih kerana ia catchy sahaja,” ujarnya ringkas.

Lagu dan MV ‘Kelepok Raya’ turut dinyanyikan oleh isterinya, Datin Seri Shahida.

Bukan itu saja, Bonda Rozita dilihat turut memuat naik satu video di Instagram miliknya mengingatkan status anaknya itu yang merupakan seorang suami dan juga bapa.

Aliff dilihat ada meninggalkan komen mempersoalkan apakah salahnya serta meminta ibunya bersikap profesional dan menyifatkan muzik videonya itu adalah seni. Bagaimanapun, ibunya dilihat membalas semula komen Aliff itu dengan kata-kata pedas.

“Saya tak faham mak, apa salah saya? Tolonglah mak profesional sikit. Ini semua ‘art’ (seni),” kata Aliff.

Rozita kemudian membalas komen tersebut dengan menulis: “Art tahi kucing kaulah.”

Baca Juga: Abang Qu hanya berlakon sebagai PA Vida, masih tidak dapat surat tawaran

Baca Juga: Mudah je nak tukar duit raya dekat mesin ATM, buat 4 langkah ini