Pempengaruh media sosial dan usahawan, Aisyah Hijanah membawa khabar gembira apabila harta sepenceraian dia dan suaminya Aliff Teega menjadi miliknya.
Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, mendakwa bahawa keputusan tersebut telah diambil oleh mahkamah sebulat suara.
“Hari ini kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang sudah dipersetujui sebelum ini.
“Semuanya sudah selesai dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah,” katanya.
Aliff turut mendakwa bahawa apa yang dilakukan isterinya itu bukanlah kerana tamak harta mahupun membolot, namun ia selayaknya milik Aisyah Hijanah kerana telah menguruskan syarikat itu sendirian.
“Semua yang kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri tamak dan nak bolot semua.
“Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai sama ada Fatin, isteri keduanya, akan menerima bahagian harta, Alif menjelaskan bahawa Fatin turut memiliki bahagian sendiri.
“Rezeki dia ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semua, dia (Fatin) tidak dapat apa. Aisyah sesuai dapat apa yang dia sepatutnya miliki.
“Takkan yang diusahakan ini, yang kedua nak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia,” ujarnya.
Sebelum ini, kontroversi mengenai kehidupan rumah tangga pasangan itu menjadi perbualan hangat di media sosial ketika Alif mendedahkan bahawa beliau telah berkahwin kali kedua dengan Fatin, yang juga merupakan kakitangan dalam syarikatnya.
Baca juga: Liat simpan duit untuk menabung? Ini tips untuk ‘istiqamah’, confirm dapat menyimpan