Faizal terharu apabila dikurniakan anak syurga, terima banyak komen positif dari rakan dan keluarga.
“Maryam ni adalah anak kami yang Allah beri keistimewaan, Alhamdulillah, yang sangat-sangat special kepada saya”.
Faizal memaklumkan bahawa doktor mengesan beberapa masalah dan komplikasi sewaktu Maryam dalam kandungan isterinya.
“Mula-mula tu jantung, kemudian disahkan sebagai Tetralogy of fallot (TOF), maknanya dia punya campuran darah dan oksigen tu, dia tak cantiik dan tak bagus. Jadi masa tu dapat tahu yang jantung Maryam akan dibedah selepas dia lahir.
“Beberapa bulan lepas tu buat scan lagi, doktor dapati ada masalah dalam perut iaitu ada double bubble (Duodenal Atresia) dalam perut Maryam yang boleh sebabkan Maryam untuk susah makan.
“Jadi doktor beritahu bila ada dua komplikasi ini kemungkinan besar akan down syndrome,” katanya dalam hantaran video berdurasi 4 minit 28 saat di Instagram miliknya. Sebulan sebelum bersalin, doktor sahkan yang Maryam Down Syndrome.
Kata-kata positif yang diterima dari rakannya dan keluarga menaikkan lagi semangat Faizal. Dia mengaku menerima ujian yang diberikan Allah ini dengan penuh keredhaan.
Faizal dalam hantaran video tersebut turut menyatakan bahawa bukan anaknya yang memerlukan dia tetapi dia lebih memerlukan anaknya pada ketika ini.
Anak ketujuhnya itu diberikan nama Maryam Tahirah. Nama Maryam di ambil sempena nama ibu Nabi Isa a.s dan Tahirah di ambil sempena nama bapanya yang telah pergi menghadap ilahi
Faizat tahir dan isteri dikurniakan 7 orang anak, tiga lelaki dan empat perempuan.