Anda boleh buat kerja di kafe ini, tapi tak boleh keluar selagi tak siap

Anda boleh buat kerja di kafe ini, tapi tak boleh keluar selagi tak siap. Sebuah kafe baharu di Tokyo telah menjadi viral di media sosial kerana menawarkan perkhidmatan untuk membantu penulis memenuhi tarikh akhir.

Penulis yang memasuki kafe akan diminta untuk menetapkan ‘matlamat kerja’ dan memutuskan masa yang mereka ingin selesaikan. Mereka tidak akan dibenarkan pergi sehingga mereka mencapai matlamat mereka. 

Kafe yang dikenali sebagai Kafe Penulisan Manuskrip ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang sedang mengusahakan manuskrip. Ini termasuk penulis buku, penterjemah, editor dan artis manga.

Penulis boleh memilih sama ada mereka mahukan pengalaman yang ‘ringan’, ‘biasa’ atau ‘keras’.

Dengan pengalaman ‘ringan’, penulis akan disoal oleh kakitangan sama ada mereka telah mencapai matlamat mereka atau tidak sebaik sahaja mereka membuat keputusan untuk membayar dan pergi.

Pengalaman ‘biasa’ akan membolehkan pekerja menyemak penulis setiap jam.

Mereka yang memilih pengalaman ‘keras’ akan merasakan silent pressure daripada kakitangan yang berdiri di belakang mereka.

Pelanggan perlu membayar ¥130 (RM4.41) untuk 30 minit pertama menggunakan ruang tersebut dan kemudian ¥300 (RM10.19) setiap jam berikutnya.

Kafe tersebut turut menyediakan kopi dan teh tanpa had. Wi-Fi berkelajuan tinggi dan tempat untuk menyejukkan komputer riba anda.

Pelanggan hanya boleh membayar dan keluar setelah mereka membuktikan kepada kakitangan bahawa mereka telah mencapai matlamat kerja mereka.

Mungkin kalau kedai ini di buka di Malaysia, pastinya ramai wartawan berkumpul di sini bagi mengejar tarikh akhir untuk menghantar berita mereka kepada editor.

Baca Juga: Restoran tutup seminggu sebab Chef putus cinta

Baca Juga: Presiden Umno saman Pengerusi Pejuang