Angin kencang musnahkan pentas, seorang maut dan 20 tercedera

  • Post author:

Siapa sangka angin kencang yang melanda festival muzik di Sepanyol boleh meragut nyawa dan mencederakan 20 orang pengunjung apabila pentasnya runtuh. Festival tersebut dikatakan bakal dikunjungi 320,000 orang.

Kejadian itu berlaku di festival muzik tarian Medusa Circus of Madness di pantai Cullera, kira-kira 50 kilometer (km) di selatan Valencia.

“Kira-kira pukul 4.18 pagi (waktu tempatan), pentas di Festival Medusa di Cullera runtuh sebahagian akibat dilanda angin kencang.

“Seorang maut dan tiga orang parah dengan pelbagai kecederaan,” kata agensi perkhidmatan kecemasan 112 di Twitter.

Menurut agensi itu, seramai 14 orang mengalami cedera ringan.

Pihak berkuasa kemudian meningkatkan jumlah individu yang mengalami cedera kepada 40 mangsa.

Berdasarkan laporan media, seorang lelaki dalam lingkungan umur 20-an meninggal dunia selepas terkena komponen struktur pentas ketika ia runtuh pada acara yang dijangka dihadiri kira-kira 320,000 orang.

Jelasnya, beberapa struktur besar di pintu masuk festival muzik itu turut musnah dalam kejadian itu.

Rakaman video dikongsi dalam media sosial menunjukkan angin kencang memusnahkan kawasan itu termasuk pokok dan struktur besar tumbang selain serpihan berterbangan merata-rata ketika orang ramai cuba menyelamatkan diri dan barang milik mereka. – AFP

Baca Juga: Akibat tercemar dengan asbestos, bedak bayi talkum Johnson & Johnson bakal lenyap di pasaran

Baca Juga: Bawang putih boleh ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan