Arwah Adibah Noor rahsiakan derita daripada umum

Arwah Adibah Noor rahsiakan derita daripada umum. Ani Maiyuni pegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.

Menurut Harian MetroAni, allahyarham meminta Ani Maiyuni dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza untuk merahsiakan penyakitnya daripada umum.

“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid.

“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu,” katanya.

Ani Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.

“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya.

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.

Baca Juga: Adibah bayar hutang rakan dengan duit kemenangan GV8

Baca Juga: Penyanyi Terlalu Istimewa dijemput Ilahi