Wanita ini menyangka bibiknya adalah baik kerana sangat ramah dengan anaknya serta kerjanya yang tidak perlu ditegur selalu.
Pembantunya yang dikenali dengan nama Maria sangat teliti dan rajin pada luarannya sehinggalah satu hari dia merasakan ada yang tidak kena.
Selepas setahun bekerja, wanita ini perasan bahawa bibiknya kerap memakai minyak wangi ketika bekerja dan perkara itu diajukan kepada suaminya.
Namun suaminya hanya menyuruh dia melupakan perkara tersebut kerana mempercayai bibiknya.
Satu hari, wanita ini menyuruh suaminya untuk mengurut badan namun disuruh bertanya kepada Maria kerana suaminya mengatakan Maria lebih mahir.
Mengakui kebodohannya ketika itu, dia tidak mengesyaki apa apa kerana suaminya mengatakan Maria yang memberitahu kemahirannya itu.
Selama bekerja selama tiga tahun, Maria amat disayangi oleh keluarganya dan juga dihadiahkan sebuah iphone hasil kerja keras selama ini.
Namun, suatu hari ketika suaminya ke tandas wanita ini bertindak memeriksa telefonnya dan sangat terkejut apabila melihat gambar Maria yang berada dalam keadaan tidak senonoh.
“Perkara yang amat menyeramkan bagi saya, terdapat beratus-ratus gambar Maria berpakaian dalam dengan posing yang tidak senonoh. PAKAIAN DALAM SAYA!.
“Maria cuba untuk menafikan segala tuduhan pada mulanya, namun dia terus kaku dan kelu apabila saya menunjukkan gambar itu padanya,” katanya.
Wanita ini bekerja keras untuk menyara keluarganya sebelum bertindak bercerai dengan suami.
Maria telah pun dihantar kembali ke agensi pembantu rumah sejurus perbuatannya itu terbongkar.