Asyraf tunjuk bukti Art Harun hantar surat Muhyiddin tiada majoriti kepada Agong

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti.

Beliau berkata, dalam surat itu Muhyiddin hanya mempunyai 100 sokongan Ahli Parlimen selepas 14 Ahli Parlimen menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan mengeluarkan surat pemakluman kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen kepada Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau menjelaskan artikel disiarkan sebuah portal berita itu adalah palsu.

“Saya menafikan laporan berita berkenaan dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan.

“Berita berkenaan adalah berita palsu,” katanya merujuk satu artikel berita bertajuk ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’ seperti disiarkan portal berita berkenaan semalam.

Baca juga : Sultan Johor jemput Muhyiddin makan tengahari selepas sidang Dun Johor