Seringkali perkahwinan akan diuji untuk melihat sejauh mana keikhlasan hati setiap pasangan yang berkahwin.
Itu membuatkan ramai pasangan yang berpisah kerana tidak tahan dek ujian yang melanda namun ramai juga yang bertahan kerana menginginkan kebahagiaan.
Tidak terkecuali kisah wanita ini yang ibunya diuji dengan godaan lelaki lain namun sebagai seorang anak yang melihat segalanya dia hanya berdiam diri dan menyimpan aib ibu bapanya demi kebahagiaan bersama.
Ini cerita sebenar aku. Aku ada dua orang adik beradik. Ibu dan ayah aku sangat sayangkan kami berdua. Setiap hujung tahun kami akan berjalan bersama-sama sehinggalah sesuatu perkara yang berlaku dan membuat diri aku berasa TR4UMA.
Ayah aku bekerja biasa sahaja. Ibu aku juga begitu. Dua-dua bekerja kerajaan. Pada satu hari aku pelik ibu kerap kali berg4duh dengan ayah. Entah apa yang mereka g4duhkan.. sehinggalah ibu memberitahuku bahawa ayah ada buat loan untuk membuka sebuah perniagaan. Ternyata ayah aku ditipu.
By the way, gaji ibu lagi banyak dari ayah. Ibu terp4ksa membayar hutang atas kesilapan ayah tu. Aku menggigil apabila mengetahui jumlah loan yang sangat banyak. Walaubagaimanapun, ayah masih seperti dahulu.
Menyayangi kami adik beradik. Menunaikan apa sahaja permintaan kami especially bab makan. Sampailah satu masa, aku pelik ibu selalu main phone dan kerap ajak aku dan adik aku keluar jumpa dengan lelaki sama tempat kerjanya.
Aku namakan lelaki tak guna tu dengan nama Fazli. Fazli ni orang selalu anggap dia macam ustad. Ustad bertopengkan sy4itan. Tu je aku boleh cakap. Pernah sekali tu ibu tertidur, aku dengan cepatnya buka whatsapp ibu dan baca semua message antara ibu dan Fazli tu.
Alangkah terk3jutnya aku bila dalam message tu ada panggilan sayang. H4ncur hati aku. Waktu tu umur aku 13 tahun. Aku menangis. Tangan aku menggigil. Jantung aku berdegup laju. Aku rasa nak jerit. Adik pula mengawasi ibu yang sedang tidur.
Aku cuba baca secepat yang mungkin. Aku dengan secepatnya tutup phone ibu dan berpaling ke arah lain. Adik aku baru darjah 5 waktu tu. Aku tak nak dia tahu satu pun apa yang ibu dah buat ni. Sejak tu aku hilang respect pada ibu.
Aku tak faham kenapa ibu sanggup buat dekat ayah macam tu. Pada satu hari. Hari yang aku tidak boleh lupa. Hari yang aku rasa aku benci ibu. Waktu tu ayah aku ada outstation di lain negeri. Si Fazli tu kerap ye datang rumah kami.
Kononnya nak pagar rumah kami lah. Ustad lah konon. Lepastu pernah sekali dia eksiden, dia terus datang rumah kami. Suruh ibu cucikan luka dia. Melampau teruk Fazli tu. Aku benci dia. Sambung balik.. Malam tu si Fazli tu datang. Dia buat macam rumah dia ye. Geram pula aku.
Lepastu, ibu suruh kami tidur dan meminta kami kunci pintu. Katanya takut pencuri masuk. Aku waktu tu memang dah pelik. Sepanjang aku duduk rumah tu tak pernah ibu suruh kami kunci pintu. Malam tu aku tak boleh tidur.
Hati aku rasa tak tenang. Pada pukul 12 malam aku rasa area ruang tamu dah senyap. Aku keluar bilik senyap-senyap. Aku cuba buka pintu bilik ayah ibu. Alangkah terk3jutnya aku bila aku tengok ada baju ibu berserta baju dalamnya di atas katil. Baju lelaki tu di atas lantai.
Mereka berdua di dalam tandas. Allahuakhbar. Luluh hati aku. Aku dengan secepat yang mungkin masuk bilik aku dan segera telefon kakak saud4ra aku. Aku ceritakan kepada kakak saud4ra aku itu. Kami memang rapat.
Makcik (mak kepada kakak saud4ra aku / kakak ibu) dan ibu aku juga sangat rapat. Jadi mereka datang ke rumah kami. Lelaki tu punya gelabah, dia menyorok dalam almari. Kakak saud4ra aku datang sambil bawa kfc, konon nak datang saje – saje.
Tapi sebenarnya nak check lelaki tu ada dekat rumah atau tidak. Waktu tu makcik aku tak tahu so dia terus ajak anaknya balik (anaknya tu kakak saud4ra aku tu lah). Bila mereka dah balik, cepat – cepat lelaki tu keluar rumah dan balik.
Tiba-tiba, makcik datang balik dengan pakcik (abang kepada ibu). Mereka bertanyakan hal yang sebenar kepada ibu. Tapi ibu tidak mengaku. Abang ibu iaitu pakcik aku tanya apa yang membuatkan dia jadi macam tu.
Jawapan dia adalah sebab ayah aku berhutang. Dia dah malas nak bayar hutang bertahun-tahun tu. Aku faham perasaan ibu tapi cara dia salah. Kalau nak cerita lebih, cerita ni sangat panjang. Jadi aku pendekkan ya.
Pada usia aku 17 tahun. Ibu dapat s4kit k3ncing manis, d4rah tinggi. Pada tahun yang sama, ibu kena strok. Separuh badan tak boleh gerak. KOma berminggu juga dekat hospital. Aku habis spm, aku tak dapat panggilan ke mana-mana IPTA. Aku decide untuk sambung STPM.
Mungkin ada hikmah. Aku buat keputvsan untuk jaga mak aku yang memang tak boleh jalan. Sebelum ke sekolah aku dan adik akan mandikan ibu. Kami selalu kena tahan cikgu disiplin sebab lewat dan cikgu tak boleh terima alasan aku siapkan ibu sebelum ke sekolah.
Aku jaga ibu untuk 3 tahun. Aku bagi dia makan. Aku cuci n4jis dia. Aku tukar pampers dia. Aku buat business. Hasil untung business aku tu, aku belanja ibu macam-macam. Waktu tu aku jaga ibu seikhlas hati aku. Aku buang cerita dulu.
Selepas STPM. Aku dapat satu offer untuk sambung degree dan perlu hadir temuduga di satu IPTA ni. Sebelum aku ke tempat temuduga tu, aku minta ibu untuk doa kan aku lulus. “Ibu selalu mendoakan kakak berjaya dunia dan akhirat. Kakak anak yang baik. Ibu untung dapat anak macam kakak. Kakak sanggup jaga ibu yang dah c4cat ni”
Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu tu aku ingat sampai sekarang. Dia menangis sambil tadah tangan mendoakan aku. Rezeki aku. Aku dapat tawaran sambung degree. Ibu aku? Dialah paling gembira. Dia menangis dan doa syukur kepada Allah. Aku sedih waktu tu tengok dia berdoa sambil menangis tersedu-sedu.
Dia mulanya tak bagi aku untuk sambung degree sebab dia nak aku jaga dia. Tapi ayah aku pujuk ibu dan akhirnya aku sambung juga. Dialah yang hantar aku ke universiti aku dalam keadaan berkerusi roda. Sepanjang aku di universiti, ayahlah yang jaga ibu. Ayah ambil alih tugas aku. Begitu juga adik.
Ibu ada bagitahu aku yang dia beruntung dapat ayah sebab jaga dia. Dia kata ayah tak malu pun nak bawa dia jalan jalan sedangkan dia c4cat. Sebulan aku dekat situ, aku dapat panggilan telefon dari ahli keluarga aku yang ibu tiba tiba tak sedarkan diri. Ibu dimasukkan ke zon kritikal.
Aku menangis sekuat hati aku dan meminta ahli keluarga untuk meminta ibu tunggu kepulangan aku. Allah lebih tahu. Ibu meninggal. Aku rasa kosong. Kosong sangat. Aku terkilan sebab aku tak sempat jumpa ibu. Aku menyesal sebab sambung belajar.
Aku sayang ibu. Dialah syurga aku. Sampai sekarang aku jaga aib ibu daripada ayah. Sekarang aku dah berkahwin. Dikurniakan seorang anak. Aku dah berjaya habiskan degree on time. Susah senang suami aku, aku jalani dengan dia sama – sama. Aku tak merungut.
Aku banyak belajar dari kisah lepas aku. Aku tak nak sia-siakan keluarga aku. Aku taknak anak aku rasa apa yang aku pernah rasa. Sejujurnya aku tr4uma sampai sekarang. Setiap kali teringat, tangan aku terus menggigil.
Bukan setakat tr4uma dengan kisah gelap tu je, aku tr4uma dan takut juga kalau nanti aku akan kehilangan orang yang aku sayang macam mana aku hilang syurga aku. Ibu aku. Sekarang lelaki tu aku tak tahu mana hilang. Aku tekad, kalau aku terjumpa dia memang aku tak akan layan mahupun borak sepatah dengan dia. Aku benci dia.
Aku anak sulung. Aku telan banyak benda. Korang doakan aku kuat dari tr4uma aku ni. Walaupun dah hampir 20 tahun berlalu aku masih tr4uma. Pengajaran dekat sini adalah sayangilah pasangan kita. Hadapilah segala susah senang bersama kerana akan ada manisnya di penghujung nanti. Itu sahaja dari aku… – Mila (Bukan nama sebenar)