Baby Shima terkejut dengar saranan KJ supaya bertanding di Kelantan, terus tak jadi bertanding PRN nanti

“Alamak! kalau macam tu, maaf YB @khairykj shima tak jadilah nak bertanding,” itulah ucapan Baby Shima sebaik sahaja Khairy Jamaluddin atau Kj nenyarankan beliau bertanding di Kelantan.

Penyayi Baby Shima memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia bahwa dia tak jadi mengambil calon pada Piihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Baby Shima mengumumkan beliau tidak jadi bertanding sebagai calon bebas yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Perkara ini dimaklumkan menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik menerusi Instagram petang tadi.

“Maaf semua tak jadi nak tanding,” tulisnya ringkas.

Bersama hantaran ini, Shima turut memuat naik videonya bersama bekas Menteri Kesihatan, KJ.

Shima berdialog dengan KJ berkenaan hasratnya untuk bertanding dalam PRN dan KJ bertanya kembali adakah perkara ini serius.

Dia seterusnya bertanya KJ kawasan yang mana sesuai untuknya dan KJ menjawab Shima sesuai bertanding di Kelantan. Video ini diakhiri dengan bunyi krik…krik…krik.

“Alamak! kalau macam tu, maaf YB KJ, Shima tak jadilah nak bertanding,” tulisnya lagi.

Ia sekali gus menunjukkan hantaran Instagram sebelum ini hanya bertujuan untuk bergurau dengan netizen.

Semalam, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, memuat naik video berkenaan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRN.

Dia berkata, misinya bertanding semata-mata kerana mahu membela nasib rakyat.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya.

Baca juga: Baru saja dilamar tak sempat merasai detik manis-Wanita tergelincir jatuh, maut depan tunang