Bagi alasan mengurut sebelum ditangkap khalwat, janda ditahan dengan lelaki Bangladesh

Bagi alasan mengurut sebelum ditangkap khalwat, janda ditahan dengan lelaki Bangladesh. Wanita tersebut hanya mengurut secara sambilan sebelum dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah motel di daerah ini Kulim.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, wanita berstatus janda berusia 51 tahun itu ditahan anggotanya kerana disyaki berdua-duaan dengan lelaki terbabit dalam sebuah bilik motel berkenaan, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, wanita dari daerah itu mempunyai lima anak dicekup berkhalwat pada jam 12.40 tengah malam kelmarin.

Anwar Shariffudin berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan.

Lelaki 25 tahun dan pasangan 24 tahun ditahan selepas gagal buktikan status perkahwinan

Sementara itu, dalam pemeriksaan berasingan, seorang lelaki dicekup berkhalwat bersama pasangannya tanpa sebarang ikatan suami isteri di sebuah bilik di hotel sama pada jam 1.10 pagi.

Anwar Shariffudin berkata, lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Perak itu ditahan berdua-duaan dalam bilik itu bersama pasangannya yang berusia 24 tahun yang menetap di daerah ini.

Beliau berkata, mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

“Dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya ,” katanya.

Anwar Shariffudin berkata, pemeriksaan cegah jenayah syariah itu dilakukan di kawasan tumpuan yang kerap menjadi lokasi pasangan bukan mahram menyewa di daerah ini.

Baca Juga: Tangkap suami curang di rumah mentua, mentua tak halang malah sibuk tonton TV

Baca Juga: Kes ibu curi Milo: AG dirayu batal hukuman penjara, tertuduh perlu dibantu keluar dari kemiskinan