Tangkap suami curang di rumah mentua, mentua tak halang malah sibuk tonton TV

Tangkap suami curang di rumah mentua, mentua tak halang malah sibuk tonton TV. Pastinya ramai wanita kecewa jika tangkap suami curang, apatah lagi kalau tangkap suaminya curang di ruma ibu mentuanya tanpa dihalang oleh keluarga suami.

Menurut laman berita Berita Hits kelmarin, tular rakaman di Instagram dimana wanita tersebut merakam suasana tegang di rumah ibu mentuanya selepas dia ‘menangkap’ suaminya dan wanita lain berdua-duaan di dalam bilik tersebut.

Kedengaran wanita berkenaan meminta penjelasan daripada suaminya mengenai insiden itu. Dia juga menyoal gadis yang didakwa curang dengan suaminya.

Mahu alasan curang dengan suami orang

Berdasarkan butir percakapan, si isteri mengaku tidak marah, namun hairan mengapa wanita berkenaan sanggup curang dengan lelaki yang sudah beristeri.

“Kamu tahu dia sudah beristeri?” tanya si isteri kepada wanita berkenaan.

Ibu mentua sibuk dengan rancangan di televisyen

Dalam masa yang sama, ibu mentuanya dikatakan hanya duduk menonton televisyen di ruang tamu dan tidak menghiraukan keadaan itu.

“Suami ditangkap curang di rumah ibu mentua.

“Ibu mentua hanya khusyuk menonton televisyen di ruang tamu dan membiarkan suami curang dengan wanita lain di dalam bilik,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Si isteri kemudian menangis sambil berkata: “Sebelum ini hanya melihat (kejadian curang) di TikTok atau Facebook, namun kini terjadi pada diri sendiri.”

Netizen menasihat wanita untuk meninggalkan suaminya dan menyatakan dia akan lebih bahagia.

“Ibu dengan anak sama sahaja. Pergilah sahaja dari situ kerana hidup kamu pasti akan lebih bahagia daripada terpedaya dengan keluarga yang tidak takut dosa,” kata seorang netizen. – AGENSI

Wahai lelaki, andai sudah tidak sayang mengapa tidak lepaskan. Mengapa terus hidup dalam dosa sedang isteri sentiasa bersama anda.

Baca Juga: Kedai makan pemilik wanita yang tular dipeluk lelaki akan disiasat JHEAT

Baca Juga: Kerajaan seperti sudah buntu idea mahu selesai isu harga barang naik