Bapa terkejut kakak hidap mild autism terlempar adik ke lantai, nasib adik baik sahaja

Bapa terkejut kakak hidap mild autism terlempar adik ke lantai, nasib adik baik sahaja. Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat anak sulung mereka telah mengangkat adiknya lalu melemparkan adiknya ke lantai.

Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Amiera Baharom yang berkongsi detik-detik cemas yang dihadapi mereka sekeluarga telah mendapat perhatian orang ramai.

@amierabaharom

Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Difahamkan, anak sulungnya itu mengalami ‘mild autism’ dan berkemungkinan itu adalah salah satu punca mengapa dia berbuat demikian.

“Pengajaran bagi kami untuk lebih berhati-hati dengan kelakuan anak sulung kami.”

Namun, Amiera memaklumkan anak bongsunya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun luka.

“Khilaf kami sebagai ibu bapa, benda nak jadi, kami semua tak jangka semua ni. Percayalah, sebenarnya anak sulung kami sayangkan adik dia.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mendoakan kesejahteraan kedua anaknya dan berharap mereka sekeluarga terus kuat dalam menjaga anak istimewa.

“Anak Autism sangat sensitif, walaupun hanya dengan cara kita respond atau suara sahaja, mereka akan cepat terkejut dan memberi reaksi begitu. Nampak dia tak sengaja.

“Jangan sesiapa menghakimi ibu bapa ini, Autism ada banyak pattern dia. Syukur adik tu selamat, jangan marah si kakak ya,” antara komen netizen.

Sekadar info Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.

Jadi apa yang dilakukan oleh anak sulung mereka mungkin berada di luar jangkaannya sendiri, mungkin hanya berniat mahu bermain sahaja. Buat ibu bapa sentiasa berjaga-jaga agar ia tidak berlaku lagi.

Baca Juga: Lelaki Belanda fasih banyak bahasa tewas di tangan ‘Mek Kelate’, bayar RM92.50 sebab terteka bahasa Indonesia

Baca Juga: Walau ada yang boikot ‘cancel Syamsul’, filem Mat Kilau tetap berjaya, kalah filem Hollywood