Bapa terlupa hantar ke nurseri, bayi usia 14 bulan maut ditinggal dalam kereta

Bapa terlupa hantar ke nurseri, bayi usia 14 bulan maut ditinggal dalam kereta. Kejadian tersebut berlaku di Bordes, barat daya Perancis pada Rabu lalu, cuaca yang terlalu panas juga menyumbang kepada kematian bayi tersebut.

Mangsa dikatakan ditinggal di dalam kenderaan di tempat letak kereta di pejabat bapanya, lelaki yang juga bapa kepada bayi tersebut mengaku terlupa menghantar bayinya itu ke nurseri lapor Daily Mail.

Maut sebab sesak nafas dan dihidrasi

Hasil siasatan awal mendapati, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat sesak nafas dan dehidrasi. Ketika kejadian, suhu di kawasan terbabit adalah lebih 22 darjah Celsius.

Difahamkan, kejadian tersebut hanya disedari oleh ibu mangsa selepas dia mendapati bahawa bayinya itu tidak hadir ke nurseri, dia terus menghubungi panggilan kecemasan.

Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sekitar jam 5 petang tetapi sudah terlambat. Mangsa disahkan meninggal dunia.

Ibu bapa mangsa yang masih terkejut dengan insiden itu kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Sementara pusat bimbingan kanak-kanak terbabit ditutup selama dua hari berikutan insiden yang berlaku.

Baca Juga: Budak usia 2 tahun dibunuh ibu hanya sebab tumpahkan gula ketika bancuh minuman

Baca Juga: Polis buru lelaki larikan tabung milik peniaga