Budak usia 2 tahun dibunuh ibu hanya sebab tumpahkan gula ketika bancuh minuman

Budak usia 2 tahun dibunuh ibu hanya sebab tumpahkan gula ketika bancuh minuman. Suspek juga melaporkan kepada pihak polis bahawa anaknya hilang sudah tiga hari dan sudah mencari kanak-kanak itu di merata-rata tempat tetapi tidak ditemui.

Memetik laporan Regional Kompas, pada 16 Julai lalu, suspek yang dikenali dengan nama Rince membuat laporan palsu kononnya anak lelakinya, Mikel telah ‘hilang’ selama tiga hari.

Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan termasuklah melakukan pencarian di kediaman suspek.

Namun pada 18 Julai 2022, segala-galanya terbongkar selepas penduduk kampung mendakwa terhidu bau yang sangat busuk datang dari kawasan hutan yang terletak lebih kurang satu kilometer dari rumah suspek.

Mayatnya ditemukan di dalam hutan tersebut

Hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa menunjukkan terdapat kesan melecet pada kaki dan tangan, warna kebiruan pada bibir, hujung jari kaki dan tangan, luka di leher, keadaan kepala, hidung selain duburnya dipenuhi ulat.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui dan punca kematian dipercayai akibat kekurangan oksigen.

Berikutan daripada penemuan mayat Mikel, suspek telah ditahan polis untuk membantu siasatan dan semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh anak lelakinya itu hanya kerana mangsa menumpahkan gula ketika membancuh teh.

Suspek dipercayai membunuh mangsa dengan cara menekup mulut sehingga mangsa tidak bernafas. Apabila anak tidak lagi bergerak, suspek terus panik dan membuang mayat tersebut ke dalam hutan.

Suspek yang berusia 42 tahun ini telah pun ditahan polis dan siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.

Baca Juga: Ibu bapa kejam! Pukul anak angkat berusia 4 tahun guna penyapu sebab enggan makan nasi

Baca Juga: Nak capai ‘generasi penamat rokok’ jadi lebih sukar dengan lambakan rokok elektronik, vape