Bayi kembar lahir ke dunia dalam kantung, doktor terpaksa pecah sendiri

  • Post author:

Bayi kembar lahir ke dunia dalam kantung, doktor terpaksa pecah sendiri. Ia merupakan detik bersejarah kerana proses ini hanya berlaku dalam 80,000 kelahiran.

Cristiane Mucci melahirkan anak kembar perempuannya Maria Cecilia dan Maria Alice menerusi pembedahan pada 11 Jun lalu di Hospital de Nossa Senhora das Dores di Ponte Nova, sebuah daerah di Minas, tenggara Brazil.

Kelahiran mereka disambut pakar sakit puan dan obstetrik, Dr Emilio Garavini, dalam keadaan kedua-dua bayi berkenaan, sihat.

Peristiwa bersejarah yang berbeza dan istimewa

Hospital itu dalam satu kenyataan mengesahkan bayi kembar berkenaan dilahirkan pada 11 Jun.

“Cristiane Mucci melahirkan Maria Cecilia dan Maria Alice Mucci dalam keadaan sihat dan selamat.

“Namun ketika dilahirkan bayi kembar itu masih berada dalam kantung yang melindungi mereka sepanjang tempoh kandungan,” kata hospital itu.

Kelahiran istimewa ini bukan pertama kali berlaku kerana sudah lima kejadian sama dilaporkan di Brazil.

Sebuah klinik di Sao Miguel do Oeste sebelum ini menyambut kelahiran dalam keadaan sama membabitkan bayi bernama Davi Lucca Rosset Basso, September tahun lalu.

Baca Juga: Ibu bapa kejam! Pukul anak angkat berusia 4 tahun guna penyapu sebab enggan makan nasi

Baca Juga: Kerajaan belanja hampir RM1 juta untuk lawatan rasmi 4 duta khas PM