Bekas mufti dah tegur, pasangan kekasih tak boleh solat atas talian sama-sama, tak sah

Bekas mufti dah tegur, solat atas talian tak sah. Sebelum ini di media sosial tular sebuah video yang memaparkan pasangan kekasih solat berjemaah bersama-sama melalui panggilan telefon.

Menjelaskan perkara itu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, solat itu tidak sah kerana tidak memenuhi syarat-syarat sah mengikut imam dalam solat berjemaah sebagaimana digariskan oleh para ulama.

Menurutnya, solat berjemaah ini sebenarnya bertujuan menghimpunkan orang-orang Islam (secara hakiki) dan ia berhajat kepada satu tempat dan bersambungnya saf antara satu sama lain.

Dr Zulkifli positif Covid-19

“Justeru, tidak boleh menunaikan solat berjemaah melalui siaran langsung di televisyen atau radio atau secara dalam talian kerana ia tidak mencapai maksud seperti dikehendaki syarak.

“Tujuan pensyariatan solat Jumaat dan solat berjemaah ialah menghimpunkan manusia,” katanya menerusi artikel terbaharu dikeluarkan Portal Maktabah Al-Bakri, hari ini.

Katanya, beliau ingin menasihati semua agar sentiasa berhati-hati dalam soal agama dan merujuk kepada para alim ulama jika ada sebarang persoalan yang timbul

Baca juga: https://themalaysialife.com/6-resipi-mudah-buat-orang-bujang-malulah-kalau-masih-tak-reti-masak/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/kalau-berani-sila-usul/